Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar kata laluan untuk tapak web atau app pada iPad

Anda boleh menukar kata laluan yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke tapak web atau app pada iPad anda.

  1. Pergi ke app Kata Laluan pada iPad anda.

  2. Ketik Semua, kemudian cari akaun anda untuk tapak web atau app.

  3. Ketik akaun.

  4. Ketik Edit, ketik Tukar Kata Laluan, kemudian tukar kata laluan anda pada tapak web atau dalam app.

    Jika tapak web atau app membenarkan anda menaik taraf untuk Daftar masuk dengan Apple, anda boleh memanfaatkan keselamatan dan kemudahan ciri tersebut. Jika anda tidak diberikan pilihan naik taraf semasa anda menukar kata laluan anda, banyak akaun membenarkan iPad mencipta kata laluan kukuh secara automatik yang tidak perlu anda ingat.

Nota: Jika anda mendapat amaran pada iPad anda tentang kata laluan untuk tapak web atau app yang tidak lagi tersedia, anda boleh mengeluarkan akaunnya daripada iPad dan Rantai Kunci iCloud anda. Pergi ke app Kata Laluan pada iPad anda, ketik Semua, kemudian leret ke kiri pada akaun.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.