Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Urus storan pada iPad

Pada iPad, anda boleh menyemak jumlah ruang storan tersedia dan meningkatkan ruang yang tersedia dengan mengeluarkan item yang anda tidak lagi perlukan.

Semak storan pada iPad anda

Pergi ke Seting  > Umum > Storan iPad.

Storan yang tersedia ditunjukkan di bahagian atas skrin.

Keluarkan app dan data

Apabila anda kekurangan storan, anda boleh membuatkan iPad mengeluarkan app yang tidak digunakan secara automatik sementara menyimpan data anda.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik App, ketik App Store, kemudian aktifkan Keluarkan App Tak Diguna.

    Apabila kekurangan storan, iPad mengeluarkan app tetapi menyimpan dokumen dan data anda. Ikon app kekal pada Skrin Utama anda dengan simbol awan—ketiknya untuk memasang semula.

Anda boleh mengeluarkan banyak app secara manual dan memuat turunnya semula jika anda mengubah fikiran anda. Lihat Keluarkan atau padam app.

Jika anda mempunyai dokumen dan data pada iPad anda yang anda tidak lagi perlukan, anda boleh mencari dan memadamnya dalam app Fail. Lihat Padam fail atau folder.

Anda juga boleh menyemak item yang anda muat turun dalam app TV dan mengeluarkan item yang anda telah tonton. Lihat Urus pustaka anda dalam app Apple TV.

Simpan fail dipilih

Jika anda telah memuat turun fail yang anda sentiasa mahu boleh diakses pada iPad, anda boleh memastikan ia tidak dikeluarkan. Lihat Simpan fail dipilih dimuat turun.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.