Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Berbilang tugas dengan Gambar dalam Gambar pada iPad

Dengan Gambar dalam Gambar, anda boleh menonton video atau menggunakan FaceTime semasa anda menggunakan app lain.

Semasa panggilan FaceTime atau sambil menonton video, ketik butang Minimumkan Video atau tekan butang Utama (pada iPad dengan butang Utama).

Tetingkap video diskalakan ke penjuru skrin anda supaya anda boleh melihat Skrin Utama dan membuka app lain. Dengan tetingkap video ditunjukkan, anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:

  • Saiz semula tetingkap video: Untuk membuat tetingkap video kecil menjadi lebih besar, cubit bukanya. Untuk mengecilkannya lagi, cubit tutup.

  • Tunjuk dan sembunyikan kawalan: Ketik tetingkap video.

  • Alihkan tetingkap video: Seretnya ke penjuru berlainan skrin.

  • Sembunyikan tetingkap video: Seretnya keluar ke pinggir kiri atau kanan skrin.

  • Tutup tetingkap video: Ketik butang Tutup.

  • Kembali ke skrin video penuh: Ketik butang Pulihkan Skrin Penuh dalam tetingkap video kecil.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.