Bekerja dengan berbilang tab dalam bar sisi dalam Safari pada iPad

Anda boleh bekerja dengan beberapa tab serentak dalam bar sisi.

  1. Pergi ke app Safari pada iPad anda.

  2. Ketik butang Tunjukkan Bar Sisi untuk membuka bar sisi, kemudian sentuh dan tahan tab dalam bar sisi.

  3. Ketik Pilih Tab, kemudian pilih tab yang anda mahu usahakan.

  4. Sentuh dan tahan salah satu tab yang dipilih, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Salin tab untuk ditampalkan di tempat lain: Ketik Salin [x] Pautan.

    • Duplikasi tab dalam lokasi yang sama: Ketik Duplikasi [x] Tab.

    • Alihkan tab ke tetingkap lain: Ketik Alihkan [x] Tab ke Tetingkap Baharu.

    • Alihkan tab ke Kumpulan Tab: Ketik Alih ke Kumpulan Tab, kemudian ketik Kumpulan Tab.

    • Tutup tab: Ketik Tutup [x] Tab.

  5. Ketik butang Selesai.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.