Pinkan album, lagu dan banyak lagi dalam Muzik pada iPad

Selepas anda melanggan Apple Music, anda boleh mengepinkan muzik kegemaran anda (termasuk video muzik) di bahagian atas pustaka anda supaya ia boleh diakses dengan mudah.

Bar sisi di sebelah kiri dengan anak panah yang menunjuk ke item dipinkan, seperti lagu, album dan senarai main, dengan album kelihatan di sebelah kanan. Pemain Mini berada di bahagian bawah.

Pinkan muzik di bahagian atas pustaka anda

  1. Pergi ke app Muzik pada iPad anda.

  2. Ketik butang Tunjukkan Bar Sisi, ketik kategori di bawah Pustaka, kemudian lakukan salah satu yang berikut:

    • Pinkan senarai main: Sentuh dan tahan senarai main atau ketik butang Lagi apabila melihat senarai main, kemudian ketik Pinkan Senarai Main.

    • Pinkan artis: Pergi ke halaman artis, ketik butang Lagi di bahagian atas skrin, kemudian ketik Pinkan Artis.

    • Pinkan album: Sentuh dan tahan album, kemudian pilih Pinkan Album. Atau ketik album, ketik butang Lagi, kemudian ketik Pinkan Album.

    • Pinkan lagu atau video muzik: Sentuh dan tahan lagu atau video atau ketik butang Lagi bersebelahan lagu atau video, kemudian ketik Pinkan [item]. Atau pada skrin Kini Dimainkan, ketik butang Lagi, kemudian ketik Pinkan [item].

Anda hanya boleh mengepinkan kandungan yang berada dalam pustaka anda. Sebagai contoh, untuk mengepinkan artis, anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya beberapa kandungan artis tersebut dalam pustaka anda. Item yang dipinkan kelihatan di bahagian atas pustaka anda.

Petua: Anda boleh menyeret pin anda dalam bar sisi untuk menyusun semulanya.

Nyahpin item dalam pustaka anda

  1. Pergi ke app Muzik pada iPad anda.

  2. Ketik butang Tunjukkan Bar Sisi, sentuh dan tahan item yang dipinkan (di bawah bahagian Pin), kemudian ketik Nyahpin [item].

Petua: Untuk memuat turun item ke pustaka anda secara automatik apabila anda mengepin item, pergi ke Seting  > App > Muzik, kemudian aktifkan Muat Turun Pin.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.