Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Layari web secara peribadi dalam Safari pada iPad

Anda boleh menggunakan Mod Pelayaran Peribadi, melihat Laporan Privasi dan melaraskan seting dalam app Safari untuk memastikan aktiviti pelayaran anda peribadi dan membantu melindungi diri anda daripada tapak web hasad.

Lawati tapak secara peribadi

Anda boleh menggunakan Pelayaran Peribadi untuk membuka tab yang tidak kelihatan dalam Sejarah pada iPad atau dalam senarai tab pada peranti lain anda. Tab dalam Pelayaran Peribadi tidak dikongsi dengan peranti Apple lain anda walaupun anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama.

Jika anda mempunyai kod laluan disetkan pada iPad anda, Pelayaran Peribadi dikunci apabila tidak digunakan. Pelayaran Peribadi mungkin tidak mengunci serta-merta.

  1. Pergi ke app Safari pada iPad anda.

  2. Ketik butang Tunjukkan Bar Sisi, kemudian ketik Peribadi.

    Jika anda tidak melihat Privasi, ketik butang Balik di bahagian atas bar sisi.

  3. Ikuti arahan atas skrin untuk membuka kunci Pelayaran Peribadi.

    Untuk keluar daripada Pelayaran Peribadi, ketik butang Tunjukkan Bar Sisi, kemudian ketik Kumpulan Tab. Tapak web yang anda buka dalam Pelayaran Peribadi kekal terbuka dan Pelayaran Peribadi dikunci.

Untuk membenarkan Pelayaran Peribadi dikunci, pergi ke Seting  > App > Safari, kemudian aktifkan Perlukan Kod Laluan untuk Membuka Kunci Pelayaran Peribadi, Perlukan Face ID untuk Membuka Kunci Pelayaran Peribadi (model disokong) atau Perlukan Touch ID untuk Membuka Kunci Pelayaran Peribadi (model disokong).

Nota: Sebarang sambungan Safari yang anda telah pasang yang mempunyai akses ke data pelayaran dinyahaktifkan secara automatik dalam Pelayaran Peribadi. Untuk mengaktifkan sambungan dalam Pelayaran Peribadi, lihat Tukar seting sambungan Safari.

Pilih enjin carian untuk Pelayaran Peribadi

  1. Pergi ke app Seting pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Safari.

  3. Nyahaktifkan Turut Gunakan dalam Pelayaran Peribadi.

  4. Ketik Enjin Carian Peribadi, kemudian pilih enjin carian.

Lihat Laporan Privasi

Safari membantu menghalang penjejak daripada mengikuti anda merentas tapak web dan daripada melihat alamat IP anda. Anda boleh menyemak Laporan Privasi untuk melihat ringkasan penjejak yang telah ditemui dan dihalang oleh Pencegahan Penjejakan Pintar pada halaman web semasa yang anda sedang lawati. Anda juga boleh menyemak dan melaraskan seting Safari untuk memastikan aktiviti pelayaran anda peribadi daripada orang lain yang menggunakan peranti sama dan membantu melindungi diri anda daripada tapak web hasad.

  1. Pergi ke app Safari pada iPad anda.

  2. Ketik butang Menu Halaman, kemudian ketik butang Lagi.

  3. Ketik Laporan Privasi.

Gunakan Geganti Peribadi iCloud untuk melayari web dengan lebih privasi

Apabila anda melanggan iCloud+, anda boleh menggunakan Geganti Peribadi iCloud untuk membantu anda menghalang tapak web dan penyedia rangkaian daripada mencipta profil terperinci tentang anda. Apabila Geganti Peribadi iCloud diaktifkan, trafik yang meninggalkan iPad anda disulitkan dan dihantar menerusi dua geganti internet berasingan. Ini menghalang tapak web daripada melihat alamat IP dan lokasi tepat anda sambil menghalang penyedia rangkaian daripada melihat aktiviti pelayaran anda dalam Safari. Lihat Lindungi pelayaran web anda dengan Geganti Peribadi iCloud.

Lihat Lindungi pelayaran web anda dengan Geganti Peribadi iCloud untuk mengetahui cara:

  • Aktifkan atau nyahaktifkan Geganti Peribadi iCloud sepenuhnya untuk iPad anda.

  • Aktifkan atau nyahaktifkan Geganti Peribadi iCloud untuk rangkaian Wi-Fi atau selular tertentu.

  • Aktifkan atau nyahaktifkan Geganti Peribadi iCloud buat sementara.

  • Setkan kekhususan lokasi alamat IP anda.

Nota: Geganti Peribadi iCloud tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Benarkan tapak web untuk melihat alamat IP anda buat sementara

Jika tapak web bergantung pada penapisan, pemantauan atau pengehadan penilaian IP, ia mungkin memerlukan alamat IP anda boleh dilihat. Anda boleh mengaktifkan Geganti Peribadi iCloud buat sementara untuk tapak web tersebut sahaja.

  1. Pergi ke app Safari pada iPad anda.

  2. Pergi ke tapak web.

  3. Ketik butang Menu Halaman di sebelah kiri medan carian, kemudian ketik butang Lagi.

  4. Ketik Tunjukkan Alamat IP (jika tersedia).

    Alamat IP anda kekal kelihatan kepada tapak web tersebut sehingga anda meninggalkan tapak web atau menutup tab Safarinya. Geganti Peribadi iCloud kekal aktif untuk tapak web yang lain.

Untuk menyahaktifkan atau menjedakan Geganti Peribadi iCloud untuk semua tapak web, lihat Lindungi pelayaran web anda dengan Geganti Peribadi iCloud.

Kawal seting privasi dan keselamatan untuk Safari

  1. Pergi ke app Seting pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Safari.

  3. Aktifkan atau nyahaktifkan mana-mana yang berikut:

    • Halang Penjejakan Silang Tapak: Safari hadkan kuki pihak ketiga dan data secara lalai. Nyahaktifkan pilihan ini untuk membenarkan penjejakan silang tapak.

    • Sembunyikan alamat IP: Safari melindungi alamat IP anda daripada penjejak yang diketahui secara automatik. Untuk pelanggan iCloud+yang layak, alamat IP anda dilindungi daripada penjejak dan tapak web semasa anda melayari dalam Safari. Jika pilihan ini tidak aktif, alamat IP anda tidak disembunyikan.

    • Amaran Tapak Web Penipuan: Safari memaparkan amaran jika anda melawat tapak web yang disyaki phishing. Nyahaktifkan pilihan ini jika anda tidak mahu diberi amaran tentang tapak web palsu.

    • Kamera: Pilih sama ada tapak web Safari boleh menggunakan kamera anda tanpa bertanya anda terlebih dahulu. Ketik Kamera, kemudian pilih Tanya, Tolak atau Benarkan.

    • Mikrofon: Pilih sama ada tapak web Safari boleh menggunakan mikrofon anda tanpa bertanya anda terlebih dahulu. Ketik Mikrofon, kemudian pilih Tanya, Tolak atau Benarkan.

    • Lokasi: Pilih sama ada tapak web Safari boleh menggunakan lokasi anda tanpa bertanya anda terlebih dahulu. Ketik Lokasi, kemudian pilih Tanya, Tolak atau Benarkan.

Untuk mengesetkan pengecualian bagi tapak web khusus, buka tapak web dalam app Safari, ketik butang Menu Halaman, ketik butang Lagi, kemudian ketik seting yang anda mahu tukar di bawah Seting Tapak Web Untuk.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.