Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Main audio daripada iPad anda pada aksesori Bluetooth daripada iPad anda

Selepas anda menyambungkan iPad anda ke aksesori Bluetooth, anda boleh memainkan dan mengawal audio daripada iPad anda pada aksesori tersebut.

Main audio daripada iPad anda pada aksesori audio Bluetooth

  1. Buka app audio seperti Muzik atau Podcast pada iPad anda dan mainkan item.

  2. Ketik butang Destinasi Main Balik, kemudian ketik aksesori Bluetooth anda.

    Semasa audio dimainkan, anda boleh menukar destinasi main balik pada Skrin Kunci atau dalam Pusat Kawalan.

Destinasi main balik kembali ke iPad anda jika anda mengalihkan aksesori Bluetooth keluar daripada julat.

Nota: Untuk mendapatkan maklumat tentang melindungi pendengaran anda daripada kelantangan tinggi semasa mendengar fon kepala dengan iPad, lihat Gunakan ciri paras audio fon kepala pada iPad.

Tingkatkan ketepatan audio aksesori dan peranti Bluetooth pihak ketiga

Anda boleh meningkatkan bunyi aksesori dan peranti Bluetooth pihak ketiga dengan menentukan jenis peranti (seperti fon kepala, speaker atau alat bantuan pendengaran) pada iPad anda.

  1. Pergi ke Seting  > Bluetooth, kemudian ketik butang Tindakan Tersedia bersebelahan nama aksesori atau peranti.

  2. Ketik Jenis Peranti, kemudian pilih jenis peranti.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.