Lihat dan padam sejarah panggilan anda pada iPad

Anda boleh melihat sejarah panggilan pada iPad anda dan memadamkan semua panggilan terbaru anda atau hanya panggilan tertentu.

Padam sejarah panggilan anda

  1. Pergi ke app Telefon pada iPad anda.

  2. Ketik butang Penapis, kemudian ketik Panggilan, Tak Dijawab atau Spam.

  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Padamkan panggilan pada satu masa: Leret panggilan ke kiri hingga ke hujung.

    • Padam berbilang panggilan: Ketik Edit, ketik Pilih, ketik panggilan yang anda mahu padamkan, kemudian ketik Padam.

Untuk memulihkan sejarah panggilan yang dipadamkan, pulihkan iPad anda daripada sandaran yang anda lakukan sebelum data dipadamkan.

Dapatkan lebih butiran tentang sejarah panggilan anda

  1. Pergi ke app Telefon pada iPad anda.

  2. Ketik butang Penapis, kemudian ketik Panggilan atau Tak Dijawab.

  3. Ketik nama atau nombor dalam sejarah panggilan anda untuk melihat maklumat tentang pemanggil dan sejarah panggilan anda dengan pemanggil.

Nota: Pembawa anda mungkin mempunyai maklumat lanjut tentang panggilan yang dipadam atau sejarah panggilan yang lebih lama.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.