Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Alat Menulis dengan Apple Intelligence pada iPad

Dengan Apple Intelligence,* anda boleh menggunakan Alat Menulis untuk membaca pruf kerja anda dan mencipta versi berbeza teks yang sama untuk membantu anda mencari susunan kata dan nada yang betul, serta meringkaskan teks yang dipilih. Alat Menulis tersedia pada hampir semua tempat yang anda tulis, termasuk app dan tapak web pihak ketiga.

iPad menunjukkan teks sedang diedit atas kesalahan tatabahasa dalam app Nota.

Nota: Apple Intelligence tidak tersedia pada semua model iPad atau dalam semua bahasa atau rantau.** Untuk mengakses ciri tersedia yang terkini, pastikan anda menggunakan versi terkini iPadOS dan mengaktifkan Apple Intelligence.

Baca pruf teks

  1. Pilih teks yang anda mahu perhaluskan, kemudian ketik butang Alat Menulis.

    Petua: Anda juga boleh mengetik butang Buka Alat Menulis di penjuru kanan atas papan kekunci.

  2. Ketik Baca Pruf.

    Apple Intelligence menyemak teks anda untuk kesalahan tatabahasa dan ejaan. Semua perubahan bergaris bawah dengan garis yang bersinar.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Lihat perubahan dan penjelasan untuk setiap perubahan: Ketik butang Tunjukkan Perubahan Sebelumnya dan butang Tunjukkan Perubahan Seterusnya di bahagian bawah.

    • Buang perubahan: Ketik Gunakan Asal.

    • Tukar antara versi teks anda yang dikemas kini dan asal: Ketik Asal.

    • Tukar kepada versi tidak diedit teks anda: Ketik butang Tukar.

  4. Apabila anda selesai, ketik butang Terima Semua Perubahan Disyorkan.

Tulis semula teks

Selepas menulis atau membaca teks—seperti nota kelas atau siaran blog—anda boleh menulisnya semula untuk memastikan semuanya dibaca dengan betul. Anda juga boleh melaraskan nada penulisan anda supaya sesuai dengan pembaca dan tugas anda.

  1. Pilih teks yang anda mahu perhaluskan, kemudian ketik butang Alat Menulis.

    Petua: Anda juga boleh mengetik butang Buka Alat Menulis di penjuru kanan atas papan kekunci.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tulis semula teks: Ketik Tulis Semula.

    • Tulis semula teks dalam nada tertentu: Ketik Mesra, Profesional atau Padat.

    • Tulis semula teks berdasarkan perihalan: Ketik “Terangkan perubahan anda,” kemudian masukkan keterangan—contohnya, “Jadikan ini lebih bersemangat.”

    Versi teks anda yang ditulis semula kelihatan sebaris. Jika anda telah memilih teks dalam dokumen baca sahaja, seperti PDF, teks kelihatan dalam dialog Alat Menulis.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Cuba tulis semula lagi: Ketik Tulis Semula.

    • Tukar antara versi teks anda yang dikemas kini dan asal: Ketik Asal.

    • Buat asal perubahan: Ketik butang Buat Asal untuk menunjukkan perubahan sebelumnya.

    • Tukar kepada versi tidak diedit teks anda: Ketik butang Tukar.

    • Salin tulisan semula teks baca sahaja: Ketik Salin dalam dialog Alat Menulis.

  4. Apabila anda selesai, ketik butang Selesai.

Ringkaskan dan susun teks

Selepas menulis atau membaca teks, anda boleh menggunakan Apple Intelligence untuk menjana ringkasan. Anda juga boleh membuatkan ringkasan dibentangkan sebagai perkara utama berbulet, atau membuatkan teks asal disusun dalam senarai atau jadual.

  1. Pilih teks yang anda mahu ringkaskan atau susun, kemudian ketik butang Alat Menulis.

    Petua: Anda juga boleh mengetik butang Apple Intelligence di penjuru kanan atas papan kekunci.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Ringkaskan teks: Ketik Ringkaskan.

    • Ringkaskan perkara utama teks: Ketik Perkara Utama.

    • Susun teks asal dalam senarai: Ketik Senarai.

    • Susun teks asal dalam jadual: Ketik Jadual.

    Versi teks anda yang ditulis semula kelihatan.

  3. Selepas melihat ringkasan, lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Salin ringkasan: Ketik Salin.

    • Gantikan teks asal dengan ringkasan: Ketik Gantikan.

      Nota: Gantikan bukan pilihan jika teks sumber tidak boleh diedit.

    • Kongsi ringkasan: Ketik Kongsi, kemudian pilih pilihan perkongsian.

  4. Apabila anda selesai, ketik butang Selesai.

Jika anda mengaktifkan sambungan ChatGPT, anda boleh mengarang teks dengan Alat Menulis. Untuk mengaktifkan sambungan dan mengetahui tentang ketersediaan, lihat Gunakan ChatGPT dengan Apple Intelligence.

*Apple Intelligence menggunakan model generatif dan output mungkin berbeza. Semak maklumat penting untuk ketepatan.
**Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.