Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting Freeform anda pada iPad

Anda boleh menyesuaikan seting untuk app Freeform.

Aktifkan atau nyahaktifkan grid titik latar belakang

Anda boleh menunjukkan grid titik kelabu pada papan anda, yang membenarkan anda untuk melihat dengan lebih mudah sama ada item berbaris.

  1. Pergi ke app Freeform pada iPad anda.

  2. Buka papan, atau ketik butang Papan Baharu untuk memulakan papan yang baharu.

  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Dalam paparan skrin penuh: Ketik butang Lihat Pilihan di penjuru kanan bawah.

    • Dalam tetingkap lebih kecil: Ketik butang Lagi, ketik Pilihan Paparan, kemudian ketik Sembunyikan Grid atau Tunjukkan Grid. Lihat Bekerja dengan berbilang tetingkap serentak.

Jajarkan item ke grid latar belakang

Anda boleh membuatkan pinggir dan titik sejajar dengan titik terdekat pada grid semasa anda saiz semula atau mengalihkan item.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Freeform.

  3. Aktifkan Lekat ke Grid.

Anda juga boleh mengakses seting in apabila anda bekerja di papan. Ketik butang Lagi, ketik Seting Penjajaran, kemudian ketik Lekat ke Grid.

Aktifkan atau nyahaktifkan panduan penjajaran

Anda boleh menggunakan panduan penjajaran untuk membantu anda menempatkan item dengan lebih tepat. Apabila panduan aktif, ia kelihatan semasa anda menyeret item pada papan dan ia dijajarkan dengan item lain.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Freeform.

  3. Ketik aktifkan atau nyahaktifkan mana-mana yang berikut:

    • Panduan Tengah: Ini kelihatan apabila titik tengah item sejajar.

    • Panduan Pinggir: Ini kelihatan apabila pinggir item sejajar.

    • Panduan Jarak: Ini muncul apabila tiga atau lebih item diletakkan pada selang jarak yang sama dalam baris.

Anda juga boleh mengakses seting in apabila anda bekerja di papan. Ketik butang Lagi, ketik Seting Penjajaran, kemudian aktifkan panduan yang anda mahu gunakan. Atau nyahaktifkan panduan jika anda tidak mahunya kelihatan semasa anda menggerakkan item berdekatan satu sama lain pada papan.

Dapatkan pembayang matematik

Anda boleh memilih cara anda mahu iPad untuk bertindak balas terhadap masalah matematik yang anda masukkan.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Freeform.

  3. Ketik Hasil Matematik, kemudian pilih salah satu daripada yang berikut:

    • Jika anda mahu masalah diselesaikan secara automatik: Pilih Masukkan Hasil. (Jawapan kelihatan dalam tulisan yang sepadan dengan tulisan anda.)

    • Jika anda mahu cadangan untuk kelihatan: Pilih Cadangkan Hasil. (Butang Selesaikan kelihatan, yang apabila diketik akan menambah jawapan dalam tulisan yang sepadan dengan tulisan anda.)

    • Jika anda tidak mahu melihat hasil matematik: Pilih Tak Aktif.

Anda juga boleh mengakses seting in apabila anda bekerja di papan. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Hasil Matematik.

Urus seting perkongsian

Anda boleh menukar akses dan keizinan untuk individu atau untuk semua orang selepas anda mula berkongsi papan.

  1. Pergi ke app Freeform pada iPad anda.

  2. Buka papan yang seting perkongsiannya anda mahu tukar.

  3. Ketik butang Bekerjasama.

    Senarai peserta kelihatan, menunjukkan orang yang mengusahakan papan.

  4. Ketik Urus Papan Dikongsi, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Kunci papan untuk pengeditan: Ketik Pilihan Perkongsian, kemudian “Lihat sahaja”.

      Nota: Jika anda tidak mahu peserta dapat menjemput orang lain, pilih “Hanya orang dijemput” dan “Hanya anda boleh menambah orang”.

    • Beri akses mengedit: Ketik Pilihan Perkongsian, kemudian ketik “Boleh mengubah suai”.

    • Tukar akses dan keizinan secara individu: Ketik nama peserta, kemudian laraskan seting mereka.

    • Jemput orang lain dengan pautan: Ketik Pilihan Perkongsian, ketik “Sesiapa dengan pautan”, ketik butang Balik, kemudian ketik Salin Pautan.

      Nota: Sesiapa boleh menyalin pautan untuk dihantar kepada orang lain, tetapi jika anda memilih “Hanya orang dijemput”, maka hanya orang yang dijemput untuk membuka papan boleh menggunakan pautan. Jika anda tidak mahu peserta dapat menjemput orang lain, pilih “Hanya orang dijemput” dan “Hanya anda boleh menambah orang”.

Petua: Anda juga boleh mengurus mana-mana papan yang anda kongsikan sebelum ini semasa melayari Semua Papan. Sentuh dan tahan imej kecil atau nama papan, kemudian ketik Urus Papan Dikongsi.

Simpan papan Freeform anda dalam iCloud

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik nama anda, kemudian ketik iCloud.

  3. Ketik Lihat Semua, kemudian aktifkan Freeform.

Untuk menyandarkan tanpa menggunakan iCloud, lihat artikel Sokongan Apple Perihal sandaran disulitkan pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda.

Isih papan anda

  1. Pergi ke app Freeform pada iPad anda.

  2. Ketik butang Paparan Grid atau butang Paparan Senarai untuk bertukar antara paparan grid dan senarai.

  3. Ketik butang Lagi, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Senaraikan papan mengikut abjad (berbanding mengikut yang terbaru dikemas kini): Ketik Isih ikut Nama.

    • Kategorikan papan mengikut kali terakhir ia dibuka: Apabila melihat Semua Papan, ketik Isih ikut Tarikh, kemudian ketik Gunakan Kumpulan.

    • Kategorikan papan mengikut pemilik papan: Apabila melihat papan Dikongsi, ketik Gunakan Kumpulan.

Tukar seting privasi dan analisis Freeform

Apple mengumpul pelbagai data, sesetengahnya dikaitkan dengan Akaun Apple anda. Anda boleh mengehadkan penggunaan data analisis tertentu atau mereset pengecam anda yang khususnya digunakan oleh app dalam Apple Creator Studio.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Freeform.

  3. Aktifkan atau nyahaktifkan mana-mana yang berikut:

    • Kongsi Data Analitis

    • Reset Pengecam

Jika anda menggunakan Kata Laluan & Rantai Kunci iCloud, menyahaktifkan analitis atau mereset pengecam anda menjejaskan peranti anda dengan Kata Laluan & Rantai Kunci iCloud diaktifkan. Untuk melihat cara data anda diurus, pergi ke tapak web Freeform & Privasi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.