Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Mainkan audio daripada iPad pada HomePod dan speaker wayarles lain

Anda boleh memainkan audio daripada iPad pada peranti wayarles seperti HomePod, Apple TV 4K, TV pintar didayakan AirPlay 2, serta fon kepala dan speaker Bluetooth®.

Mainkan audio daripada iPad pada peranti wayarles

  1. Pada iPad anda, buka app audio, seperti Podcast atau Muzik , kemudian pilih item untuk dimainkan.

  2. Ketik butang Destinasi Main Balik, kemudian pilih destinasi main balik.

    Nota: Jika peranti didayakan AirPlay 2 anda tidak kelihatan dalam senarai destinasi main balik, pastikan peranti berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama. Dengan peranti Bluetooth, destinasi main balik kembali ke iPad jika anda mengalihkan peranti keluar daripada julat Bluetooth.

Untuk memilih destinasi main balik, anda juga boleh mengetik butang Destinasi Main Balik pada Skrin Kunci atau dalam Pusat Kawalan.

Nota: Untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan peranti audio Bluetooth, lihat Pasangkan iPad anda dengan aksesori Bluetooth.

Mainkan audio pada berbilang peranti yang didayakan AirPlay 2

Dengan AirPlay 2 dan iPad, anda boleh memainkan audio pada berbilang peranti didayakan AirPlay 2 yang bersambung pada rangkaian Wi-Fi yang sama. Sebagai contoh, anda boleh memainkan senarai main parti pada speaker HomePod dalam bilik tamu dan dapur, pada Apple TV 4K dalam bilik tidur dan pada TV pintar didayakan AirPlay 2 dalam bilik peribadi.

Siri: Minta Siri sesuatu seperti:

  • “Hentikan bermain muzik di semua tempat”

  • “Setkan kelantangan bilik makan kepada 10 peratus”

  • “Apa yang bermain di dapur?”

  • “Mainkan lagu yang saya sukai di dapur”

  • “Tambah speaker ruang tamu”

  • “Hentikan muzik di dapur”

  • “Alihkan muzik ke bilik tidur”

Anda juga boleh memilih destinasi main balik daripada skrin iPad.

  1. Ketik butang Destinasi Main Balik dalam Pusat Kawalan, pada Skrin Kunci, atau pada skrin Kini Dimainkan untuk app yang anda sedang dengari.

  2. Pilih setiap peranti yang anda mahu gunakan.

Nota: Peranti yang disusun dalam pasangan stereo dianggap sebagai peranti audio tunggal.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menggunakan speaker HomePod dan Apple TV 4K, lihat Panduan Pengguna HomePod dan Panduan Pengguna Apple TV 4K.

Untuk senarai TV pintar didayakan AirPlay 2, lihat Tapak web aksesori Rumah.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.