Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari e-mel dalam Mail pada iPad

Anda boleh mencari mesej e-mel menggunakan kriteria berbeza.

Mesej dibuka dalam app Mail dan istilah carian sedang ditaip dalam bar sisi skrin.

Cari teks dalam e-mel

  1. Pergi ke app Mail pada iPad anda.

  2. Ketik butang Cari untuk mendedahkan medan carian, kemudian taipkan teks yang anda cari.

  3. Pilih antara mencari semua peti mel atau peti mel semasa di atas senarai hasil.

  4. Ketik mesej dalam senarai hasil untuk membacanya.

Mail mencari medan alamat, subjek, isi e-mel, dokumen dan pautan. Mesej yang paling relevan muncul dalam Hasil Teratas di atas cadangan carian semasa anda menaip.

Petua: Untuk mencari pengesahan tempahan pelancongan untuk penerbangan dan hotel, masukkan kod lapangan terbang tiga huruf atau nama bandar.

Cari mengikut bingkai masa

  1. Pergi ke app Mail pada iPad anda.

  2. Ketik medan carian senarai peti mel.

  3. Masukkan bingkai masa, seperti “September”, kemudian ketik butang cadangan kalendar untuk melihat semua e-mel daripada bingkai masa tersebut.

    Untuk memperincikan carian, ketik medan carian lagi, kemudian masukkan kata kunci, seperti “mesyuarat”.

Petua: Perhaluskan carian anda mengikut bingkai masa menggunakan pilihan Tarikh, Sebelum atau Selepas di atas senarai mesej.

Cari mengikut atribut e-mel

  1. Pergi ke app Mail pada iPad anda.

  2. Dalam peti mel, ketik medan carian.

    Sebelum anda mula menaip, anda mungkin melihat carian terbaharu, dokumen terbaharu dan pautan yang disenaraikan.

  3. Masukkan kriteria carian anda, kemudian ketik salah satu daripada item disenaraikan, atau lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Cari semua mesej yang dibenderakan: Masukkan “bendera” dalam medan carian, kemudian ketik “Mesej dibenderakan” di bawah Cadangan.

    • Cari semua mesej yang belum dibaca: Masukkan “belum dibaca” dalam medan carian, kemudian ketik “Mesej belum dibaca” di bawah Cadangan.

    • Cari semua mesej dengan lampiran: Masukkan “lampiran” dalam medan carian, kemudian ketik “Mesej dengan lampiran” di bawah Cadangan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.