Tambah jadual ke papan Freeform pada iPad

Anda boleh menambah jadual ke papan Freeform untuk mengatur kandungan, menyusun bahagian papan anda dan banyak lagi. Selepas anda menambah jadual, anda boleh menyesuaikannya seperti yang anda mahu.

Jadual pada papan Freeform, dengan alat pemformatan boleh dilihat dan titik biru kecil di pinggirnya untuk mengubah bentuknya.

Cipta jadual

  1. Pergi ke app Freeform pada iPad anda.

  2. Buka papan, atau ketik butang Papan Baharu untuk memulakan papan yang baharu, kemudian ketik butang Tambah Jadual.

  3. Dengan jadual dipilih, lakukan mana-mana yang berikut:

    • Tukar gaya jadual: Ketik butang Gaya Jadual dalam alat pemformatan, kemudian gunakan kawalan untuk membuat perubahan.

    • Tambah lajur atau baris terakhir: Ketik butang Tambah Lajur atau Tambah Baris di penjuru kanan atas atau kiri bawah.

    • Masukkan atau padam lajur atau baris dalam jadual: Pilih sel, lajur atau baris, ketik butang Lagi dalam alat pemformatan, kemudian pilih pilihan seperti Tambah Lajur Selepas.

    • Tentukan bilangan baris dan lajur: Ketik butang Tataletak Jadual dalam alat pemformatan, kemudian laraskan bilangan.

    • Saiz semula seluruh jadual: Seret titik biru. Titik penjuru mensaiz semula kedua-dua baris dan lajur secara berkadaran.

    • Saiz semula satu baris atau lajur: Seret jidar sel.

      Petua: Untuk sentiasa memastikan perkadaran yang sama untuk jadual semasa anda mensaiznya semula, ketik butang Lagi dalam alat pemformatan, kemudian ketik Kekang Perkadaran.

    • Alihkan jadual: Seret pemegang Pengalih Jadual di penjuru kiri atas jadual.

Pilih sel, lajur, baris atau jadual

  1. Pergi ke app Freeform pada iPad anda.

  2. Dalam papan dengan jadual, ketik untuk memilih jadual, kemudian lakukan satu daripada berikut:

    • Pilih sel: Ketik sel satu kali.

    • Pilih lajur: Ketik untuk memilih sel, kemudian ketik tag Rujukan Lajur di bahagian atas jadual.

    • Pilih baris: Ketik untuk memilih sel, kemudian ketik tag Rujukan Baris di bahagian kiri jadual.

Apabila baris, lajur atau sel dipilih, ketik pemegang Pengalih Jadual di penjuru kiri atas jadual untuk memilih seluruh jadual.

Tambah dan format teks jadual

  1. Pergi ke app Freeform pada iPad anda.

  2. Dalam papan dengan jadual, dwiketik sel, kemudian masukkan teks.

  3. Untuk menukar fon, gaya, saiz, warna dan penjajaran, pilih jadual, baris, lajur atau sel, kemudian ketik butang Format Teks Jadual dalam alat pemformatan.

    Petua: Anda juga boleh menyalin dan menampal gaya dan pemformatan yang sama pada sel lain.

Lampirkan item ke sel jadual

Anda boleh melampirkan item—seperti imej, imbasan atau pautan—pada sel jadual anda. Apabila anda mengalihkan jadual, item yang dilampirkan bergerak dengannya.

  1. Pergi ke app Freeform pada iPad anda.

  2. Buka papan dengan jadual dan item lain.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Seret item daripada papan anda ke sel sehingga serlahan kelihatan.

    • Salin dan tampal item dalam sel. Ia dipusatkan dalam sel.

Untuk menjadikan sel mengembang untuk muat objek yang disauhkan secara automatik, ketik pemegang Pengalih Jadual untuk memilih jadual, ketik butang Tataletak Jadual dalam alat pemformatan, kemudian hidupkan Kembang Auto Sel.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.