Tambah app pada iPad

Untuk menambah app ke iPad, anda boleh memuat turun app daripada App Store. Apabila anda memuat turun app, anda boleh memilih untuk menambahnya ke Skrin Utama anda dan Pustaka App, atau ke Pustaka App sahaja.

Pilih tempat app dimuat turun

  1. Pergi ke Seting  > Skrin Utama & Pustaka App.

  2. Pilih Tambah ke Skrin Utama atau Pustaka App sahaja.

Alihkan app daripada Pustaka App ke Skrin Utama

Jika anda memuat turun app ke Pustaka App, anda boleh mengalihkannya ke Skrin Utama dengan mudah.

  1. Leret kiri melepasi semua halaman Skrin Utama anda untuk pergi ke Pustaka App.

  2. Sentuh dan tahan latar belakang sehingga app mula bergoyang.

  3. Sentuh dan tahan app yang anda mahu alihkan, kemudian seretnya ke sebelah kiri.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.