Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Padam iPad

Anda boleh memadamkan maklumat peribadi, kandungan dan seting anda secara selamat (seperti seting privasi dan rangkaian) daripada iPad anda. Apabila anda memadamkan iPad anda, ia dipulihkan ke seting kilang. Jika anda mahu mereset seting iPad anda tetapi menyimpan kandungan peribadi anda, lihat Reset seting iPad kepada seting lalai.

Skrin Padam iPad Ini.

Sebelum anda bermula

Sandarkan iPad anda supaya anda boleh memulihkan data anda kemudian pada peranti berbeza.

Padam iPad menggunakan Seting

  1. Pergi ke app Seting pada iPad anda.

  2. Ketik Umum, kemudian ketik Pindahkan atau Reset iPad.

  3. Ketik Padam Semua Kandungan dan Seting.

  4. Jika diminta, masukkan kod laluan iPad atau kata laluan Akaun Apple anda.

  5. Ketik Teruskan untuk mengesahkan.

    Jika anda mempunyai eSIM, anda boleh memilih untuk memadamkan eSIM anda atau menyimpannya. Jika anda memadamkan eSIM, anda perlu menghubungi pembawa anda untuk mengaktifkan semula pelan selular anda.

Padamkan iPad menggunakan Mac atau peranti Windows anda

  1. Sambungkan iPad anda ke komputer anda dengan kabel USB atau USB-C.

  2. Pada Mac anda, klik ikon Finder untuk membuka tetingkap Finder, atau buka app Peranti Apple pada peranti Windows anda.

    Jika Mac anda menggunakan macOS 10.14 atau lebih awal, atau peranti Windows anda tidak mempunyai app Peranti Apple, buka iTunes.

  3. Klik ikon iPad dalam bar sisi Finder (di bawah Lokasi), kemudian klik Umum di bahagian atas tetingkap.

  4. Klik Pulihkan iPad, kemudian klik Pulihkan untuk mengesahkan.

    Nota: Jika anda mendaftar masuk ke Cari, anda perlu mendaftar keluar sebelum anda boleh klik Pulihkan.

Untuk menyelesaikan masalah, lihat artikel Sokongan Apple, Pulihkan iPhone, iPad atau iPod touch anda ke seting kilang.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.