Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Strim video dan foto ke Apple TV 4K atau TV pintar secara wayarles daripada iPad

Anda boleh menggunakan Apple TV 4K atau TV pintar yang didayakan AirPlay 2 anda untuk menonton video dan melihat foto yang distrim daripada iPad anda.

Nota: Untuk menstrim video atau foto ke Apple TV 4K atau TV pintar daripada iPad anda, kedua-dua peranti mesti berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama.

Mainkan video pada Apple TV 4K atau TV pintar didayakan AirPlay 2

  1. Semasa memainkan video dalam app Apple TV atau app video lain yang disokong pada iPad anda, ketik skrin untuk menunjukkan kawalan.

  2. Ketik butang AirPlay, kemudian pilih Apple TV 4K atau TV pintar didayakan AirPlay 2 anda sebagai destinasi main balik.

    Jika kod laluan AirPlay kelihatan pada skrin TV, masukkan kod laluan pada iPad anda.

Untuk menukar destinasi main balik, pilih pilihan AirPlay berbeza pada skrin iPad anda.

Tunjukkan foto pada Apple TV 4K atau TV pintar didayakan AirPlay 2

  1. Dalam Foto pada iPad anda, ketik foto, kemudian ketik butang Kongsi.

  2. Leret ke atas, ketik butang AirPlay, kemudian pilih Apple TV 4K atau TV pintar didayakan AirPlay 2 anda sebagai destinasi main balik.

    Jika kod laluan AirPlay kelihatan pada skrin TV, masukkan kod laluan pada iPad anda.

Untuk berhenti menstrim foto, ketik butang AirPlay berhampiran bahagian atas skrin iPad anda, kemudian ketik Nyahaktifkan AirPlay.

Aktifkan atau nyahaktifkan penstriman AirPlay automatik

Anda boleh membenarkan iPad anda menemui dan bersambung secara automatik ke sebarang Apple TV 4K atau TV pintar yang kerap digunakan semasa memainkan kandungan daripada app yang anda kerap gunakan dengan AirPlay.

Pergi ke Seting  > Umum > AirPlay & Kesinambungan, kemudian pilih Automatik, Jangan, atau Tanya.

Cerminkan iPad anda pada Apple TV 4K atau TV pintar

Pada Apple TV 4K atau TV pintar, anda boleh menunjukkan apa sahaja yang kelihatan pada iPad anda.

  1. Buka Pusat Kawalan pada iPad anda.

  2. Ketik butang Pencerminan Skrin, kemudian pilih Apple TV 4K atau TV pintar didayakan AirPlay 2 anda sebagai destinasi main balik.

    Jika kod laluan AirPlay kelihatan pada skrin TV, masukkan kod laluan pada iPad anda.

Untuk bertukar semula ke iPad, buka Pusat Kawalan, ketik butang Pencerminan Skrin, kemudian ketik Hentikan Pencerminan.

Nota: Untuk senarai TV pintar didayakan AirPlay 2, lihat Tapak web aksesori Rumah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menggunakan Apple TV 4K, lihat Panduan Pengguna Apple TV 4K.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.