Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Benarkan atau senyapkan pemberitahuan untuk Fokus pada iPad

Apabila anda menyediakan Fokus, anda boleh memilih orang dan app yang anda mahu menerima pemberitahuan. Contohnya, sediakan Fokus Bekerja dan hanya benarkan pemberitahuan daripada rakan sekerja dan app yang anda gunakan untuk kerja.

Benarkan atau senyapkan pemberitahuan daripada orang khusus semasa Fokus

  1. Pergi ke Seting  > Fokus, kemudian pilih Fokus—contohnya, Jangan Ganggu, Peribadi, Tidur, atau Bekerja.

  2. Ketik Orang (atau Pilih Orang), kemudian lakukan mana-mana berikut:

    • Benarkan orang khusus: Ketik Benarkan Pemberitahuan Daripada, ketik butang Tambah Orang, kemudian pilih daripada kenalan anda.

      Anda juga boleh mengaktifkan pilihan untuk membenarkan panggilan daripada kumpulan orang tertentu dan membenarkan panggilan berulang (dua atau lebih panggilan daripada orang yang sama dalam masa 3 minit).

    • Senyapkan orang khusus: Ketik Senyapkan Pemberitahuan Daripada, ketik butang Tambah Orang, kemudian pilih daripada kenalan anda.

      Anda juga boleh mengaktifkan Benarkan Panggilan Daripada Orang Disenyapkan.

Nota: Anda boleh membenarkan panggilan daripada kenalan kecemasan anda masuk tidak kira seting Fokus anda. Lihat Benarkan panggilan daripada kenalan kecemasan apabila pemberitahuan disenyapkan, di bawah.

Apabila Pemberitahuan Pintas & Penyenyapan Pintar aktif, Apple Intelligence* membenarkan pemberitahuan penting mengganggu anda dan menyenyapkan pemberitahuan yang ditentukan tidak penting. Lihat Ringkaskan pemberitahuan dan kurangkan gangguan dengan Apple Intelligence.

Benarkan atau senyapkan pemberitahuan daripada app khusus semasa Fokus

  1. Pergi ke Seting  > Fokus, kemudian pilih Fokus—contohnya, Jangan Ganggu, Peribadi, Tidur, atau Bekerja.

  2. Ketik App (atau ketik Pilih App), kemudian salah satu daripada berikut:

    • Benarkan app khusus: Ketik Benarkan Pemberitahuan Daripada, ketik butang Tambah App, kemudian pilih app.

    • Senyapkan app khusus: Ketik Senyapkan Pemberitahuan Daripada, ketik butang Tambah App, kemudian pilih app.

    Nota: Anda boleh membenarkan atau menyenyapkan pemberitahuan daripada app web tertentu yang anda tambah ke Skrin Utama anda. (Lihat Tambah ikon tapak web ke Skrin Utama anda.)

Anda juga boleh mengaktifkan Pemberitahuan Sensitif Masa, yang membenarkan semua app menghantar pemberitahuan sensitif masa serta-merta.

Kongsi status Fokus anda

Apabila anda menggunakan Fokus, ia mengehadkan pemberitahuan yang anda terima daripada orang dan app, untuk menggambarkan seting yang anda tentukan apabila anda menyediakan Fokus.

Apabila anda menggunakan Fokus dan mengaktifkan Status Fokus dan orang lain cuba menghubungi anda, mereka mungkin melihat yang anda menyenyapkan pemberitahuan, tetapi bukan nama Fokus yang anda sedang gunakan.

  1. Pergi ke Seting  > Fokus > Status Fokus.

  2. Aktifkan Kongsi Status Fokus, kemudian pilih pilihan Fokus yang anda mahu kongsikan status Fokus.

Kawal Status Fokus yang anda kongsikan

Untuk setiap pilihan Fokus yang anda sediakan (Jangan Ganggu, Peribadi, Kerja dan sebagainya), anda boleh memilih sama ada untuk berkongsi status Fokus anda semasa anda menggunakan Fokus tersebut. Apabila anda mengaktifkan status Fokus untuk Fokus yang anda sedang gunakan, orang yang cuba menghubungi anda (menggunakan Mesej, contohnya) mungkin melihat yang anda “menyenyapkan pemberitahuan”.

Anda boleh menghalang mesej tentang status Fokus anda daripada kelihatan dalam app.

  1. Pergi ke Seting  > Fokus > Status Fokus.

  2. Nyahaktifkan Kongsi Status Fokus.

    Sebagai alternatif, anda boleh menyahaktifkan pilihan Fokus yang anda tidak mahu kongsikan status Fokus anda (di bawah Kongsi Daripada).

Benarkan panggilan daripada kenalan kecemasan apabila pemberitahuan disenyapkan

Anda boleh membenarkan bunyi daripada kenalan kecemasan masuk walaupun iPad atau pemberitahuan anda disenyapkan.

  1. Buka Kenalan .

  2. Pilih kenalan, kemudian ketik Edit.

  3. Ketik Nada Dering atau Nada Teks, kemudian aktifkan Pintasan Kecemasan.

*Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.