Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Benarkan atau senyapkan pemberitahuan untuk Fokus pada iPad

Apabila anda menyediakan Fokus, anda boleh memilih orang dan app yang anda mahu menerima pemberitahuan. Contohnya, sediakan Fokus Bekerja dan hanya benarkan pemberitahuan daripada rakan sekerja dan app yang anda gunakan untuk kerja.

Benarkan atau senyapkan pemberitahuan daripada orang khusus semasa Fokus

  1. Pergi ke Seting  > Fokus, kemudian pilih Fokus—contohnya Jangan Ganggu, Peribadi, Tidur, atau Bekerja.

  2. Ketik Orang (atau ketik Pilih Orang), kemudian lakukan mana-mana berikut:

    • Benarkan orang khusus: Ketik Benarkan Pemberitahuan Daripada, ketik butang Tambah Orang, kemudian pilih daripada kenalan anda.

      Anda juga boleh mengaktifkan pilihan untuk membenarkan panggilan daripada kumpulan orang tertentu dan membenarkan panggilan berulang (dua atau lebih panggilan daripada orang yang sama dalam masa 3 minit).

    • Senyapkan orang khusus: Ketik Senyapkan Pemberitahuan Daripada, ketik butang Tambah Orang, kemudian pilih daripada kenalan anda.

      Anda juga boleh mengaktifkan Benarkan Panggilan Daripada Orang Disenyapkan.

Nota: Anda boleh membenarkan panggilan daripada kenalan kecemasan anda masuk tidak kira seting Fokus anda. Lihat Benarkan panggilan daripada kenalan kecemasan apabila pemberitahuan disenyapkan, di bawah.

Benarkan atau senyapkan pemberitahuan daripada app khusus semasa Fokus

  1. Pergi ke Seting  > Fokus, kemudian pilih Fokus—contohnya Jangan Ganggu, Peribadi, Tidur, atau Bekerja.

  2. Ketik App (atau ketik Pilih App), kemudian lakukan satu daripada berikut:

    • Benarkan app khusus: Ketik Benarkan Pemberitahuan Daripada, ketik butang Tambah App, kemudian pilih app.

    • Senyapkan app khusus: Ketik Senyapkan Pemberitahuan Daripada, ketik butang Tambah App, kemudian pilih app.

    Nota: Anda boleh membenarkan atau menyenyapkan pemberitahuan daripada app web tertentu yang anda tambah ke Skrin Utama anda. (Lihat Terima pemberitahuan Push Web daripada app web.)

Anda juga boleh mengaktifkan Pemberitahuan Sensitif Masa, yang membenarkan semua app menghantar pemberitahuan sensitif masa serta-merta.

Kongsi status Fokus anda

Apabila anda mengaktifkan Fokus, ia mengehadkan pemberitahuan yang anda terima daripada orang dan app. Apabila seseorang di luar pemberitahuan dibenarkan anda cuba menghubungi anda, status Fokus anda kelihatan dalam Mesej, supaya mereka tahu anda sibuk.

  1. Pergi ke Seting > Fokus > Status Fokus.

  2. Aktifkan Kongsi Status Fokus, kemudian pilih pilihan Fokus yang anda mahu kongsikan status Fokus.

Benarkan panggilan daripada kenalan kecemasan apabila pemberitahuan disenyapkan

Anda boleh membenarkan bunyi daripada kenalan kecemasan masuk walaupun iPad atau pemberitahuan anda disenyapkan.

  1. Buka Kenalan .

  2. Pilih kenalan, kemudian ketik Edit.

  3. Ketik Nada Dering atau Nada Teks, kemudian aktifkan Pintasan Kecemasan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.