Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Pindahkan dan salin item dengan seret dan lepas pada iPad

Dengan seret dan lepas, anda boleh menggunakan jari untuk memindahkan teks dan item dalam app serta menyalin item daripada satu app ke app yang lain. Sebagai contoh, anda boleh menyeret imej daripada Nota ke dalam e-mel. (Tidak semua app pihak ketiga menyokong seret dan lepas.)

Pindahkan item

  1. Sentuh dan tahan item sehingga ia terangkat (jika ia ialah teks, pilihnya dahulu).

  2. Seretnya ke lokasi lain dalam app.

    Jika anda menyeret ke bawah atau atas dokumen panjang, ia skrol secara automatik.

Salin item antara app terbuka

  1. Buka dua item dalam Split View atau dalam Slide Over, kemudian sentuh dan tahan item sehingga ia terangkat (jika ia ialah teks, pilihnya dahulu).

  2. Seret ke dalam app lain.

    Sambil anda menyeret, ikon Masukkan kelihatan di mana-mana tempat anda boleh lepaskan item. Jika anda menyeret ke bawah atau atas dokumen panjang, dokumen menskrol secara automatik.

    Petua: Jika anda mahu menyeret item ke nota atau e-mel baharu, buka nota atau e-mel baharu dahulu supaya anda boleh seret item terus padanya.

Split View dengan Nota dibuka di sebelah kiri dan e-mel di sebelah kanan. Fotograf daripada Nota di seret masuk ke dalam e-mel.

Seret pautan ke tetingkap Split View atau Slide Over

Sentuh dan tahan pautan sehingga ia terangkat, kemudian lakukan satu daripada yang berikut:

  • Gantikan tetingkap Split View atau Slide Over dengan destinasi pautan: Seret pautan ke tetingkap.

  • Buka destinasi pautan dalam tetingkap Split View atau Slide Over: Apabila tiada tetingkap Split View atau Slide Over ditunjukkan, seret pautan ke pinggir kiri atau kanan skrin untuk membuka destinasi dalam Split View, atau seret pautan dekat ke pinggir untuk membuka dalam Slide Over.

Salin item ke app pada Skrin Utama atau dalam Dock

  1. Sentuh dan tahan item sehingga ia terangkat (jika ia ialah teks, pilihnya dahulu).

  2. Semasa anda terus menahan item, gunakan jari lain untuk meleret ke atas dari pinggir bawah skrin dan jeda untuk mendedahkan Dock atau tekan butang Utama (pada iPad dengan butang Utama).

  3. Seret item ke atas app lain untuk membukanya (imej hantu item kelihatan di bawah jari anda semasa anda menyeret).

    Anda boleh menyeret item di dalam app untuk menavigasi tempat yang anda mahu lepaskan item (semasa anda menyeret, ikon Masukkan kelihatan di mana-mana tempat anda boleh lepaskan item). Sebagai contoh, anda boleh menyeret senarai nota untuk membuka nota di tempat yang anda mahu lepaskan item atau anda boleh gunakan jari lain untuk membuka nota baharu di tempat yang anda mahu lepaskan item.

Jika ada menukar fikiran tentang memindahkan item, angkat jari anda sebelum menyeret, atau seret item ke luar skrin.

Pilih berbilang item untuk dipindahkan

  1. Sentuh dan tahan item pertama dipilih, seretnya sedikit dan teruskan menahannya.

  2. Sementara masih menahan item pertama, ketik item tambahan dengan jari lain. Lencana menunjukkan bilangan item dipilih.

  3. Seret semua item sekaligus.

Jika ada menukar fikiran tentang memindahkan item, angkat jari anda sebelum menyeret, atau seret item ke luar skrin.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.