Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gabungkan foto dan video duplikasi pada iPad

App Foto mengenal pasti foto dan album duplikasi dalam pustaka foto anda dalam album Duplikasi. Anda boleh menggabungkan foto dan video duplikasi untuk menjimatkan ruang dan membersihkan pustaka anda.

Skrin Duplikasi yang menunjukkan foto duplikasi bersebelahan satu sama lain. Di sebelah kanan skrin ialah butang Gabung untuk menggabungkan setiap pasang foto duplikasi.
  1. Leret daripada penjuru kiri skrin atau ketik butang Tunjukkan Bar Sisi untuk menunjukkan bar sisi.

  2. Ketik Duplikasi di bawah Utiliti.

    Foto dan video duplikasi kelihatan di sebelah satu sama lain.

  3. Ketik Gabung untuk menggabungkan duplikasi, kemudian ketik Gabung [bilangan] Item.

    Menggabung akan mencantumkan versi kualiti tertinggi dan semua data yang relevan merentas duplikasi serta mengekalkan versi tersebut dalam pustaka anda. Duplikasi yang tinggal dialihkan ke album Terbaru Dipadam.

Jika anda tidak mempunyai foto atau video duplikasi dalam pustaka anda, album Duplikasi tidak kelihatan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.