Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan Mesej pada iPad

Dalam app Mesej , anda boleh menghantar mesej teks dalam dua cara yang berbeza:

  • Menggunakan iMessage dengan orang lain yang juga menggunakan iMessage pada iPhone, iPad atau Mac. Teks iMessage anda kelihatan dalam gelembung biru.

  • Dengan mesej SMS/MMS yang dimajukan daripada iPhone anda. Mesej SMS/MMS anda kelihatan dalam gelembung hijau. Lihat Pilih peranti lain untuk permesejan SMS/MMS dalam Panduan Pengguna iPhone.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Apakah perbezaan antara iMessage dan SMS/MMS?

Aktifkan iMessage

  1. Pergi ke Seting > Mesej, kemudian aktifkan iMessage.

  2. Untuk memilih nombor telefon dan alamat e-mel yang anda mahu gunakan dengan iMessage, pergi ke Seting > Mesej > Hantar & Terima, kemudian pilih daripada pilihan yang tersedia di bawah “Anda boleh menerima iMessage di dan membalas daripada”.

Ketahui lebih lanjut tentang iMessage.

Akses mesej anda pada semua peranti Apple anda

Apabila anda mengaktifkan Mesej dalam iCloud, setiap mesej yang anda hantar dan terima pada iPad anda disimpan dalam iCloud. Juga, apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada peranti baharu yang juga mempunyai Mesej dalam iCloud diaktifkan, semua perbualan anda kelihatan di sana secara automatik.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > iCloud, kemudian ketik Tunjukkan Semua.

  2. Aktifkan Mesej (jika ia belum diaktifkan).

Selepas anda mengaktifkan Mesej dalam iCloud, sebarang mesej atau lampiran yang anda padamkan daripada iPad juga dipadamkan daripada peranti Apple anda yang lain (iOS 11.4, iPadOS 13, macOS 10.13.5, atau lebih baharu) apabila Mesej dalam iCloud diaktifkan. Lihat Sediakan iCloud untuk Mesej pada semua peranti anda dalam Panduan Pengguna iCloud.

Nota: Mesej dalam iCloud menggunakan storan iCloud. Lihat Daftar masuk ke iPad anda dengan Apple ID.

Kongsi nama dan foto anda

Dalam Mesej, anda boleh berkongsi nama dan foto anda dengan orang lain. Anda tentukan sama ada untuk berkongsi nama dan foto apabila anda menghantar atau menerima mesej daripada orang baharu.

  1. Buka app Mesej pada iPad anda.

  2. Dalam senarai perbualan Mesej, lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Ketik Edit di penjuru kiri atas.

    • Ketik butang Lagi di penjuru kanan atas.

  3. Ketik Sediakan Nama & Foto, aktifkan Perkongsian Nama & Foto, kemudian tukar mana-mana yang berikut:

    • Gambar anda: Ketik Edit di bawah bulatan, kemudian pilih pilihan. Foto anda boleh menjadi Memoji, emoji, atau imej tersuai.

    • Nama anda: Ketik Nama.

    • Orang yang boleh melihat nama dan gambar anda: Ketik Kongsi Secara Automatik, kemudian pilih pilihan.

Untuk menukar nama atau gambar anda, atau orang yang boleh melihatnya selepas anda menyediakan, ketik Edit atau butang Lagi, kemudian ketik Nama & Foto.

Nota: Nama dan foto anda mungkin tidak kelihatan seperti yang dijangkakan apabila anda menghantar mesej kepada penerima yang menggunakan peranti bukan Apple.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.