Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dapatkan sambungan untuk menyesuaikan Safari pada iPad

Dalam app Safari , anda boleh memasang sambungan untuk menyesuaikan cara pelayar anda berfungsi. Sebagai contoh, sambungan boleh membantu anda mencari kupon semasa membeli belah, sekat kandungan pada tapak web dan banyak lagi.

Halaman web dibuka dalam Safari. Di sebelah kanan medan carian ialah ikon untuk sambungan aktif. Butang Urus Sambungan dipilih, memaparkan senarai semua sambungan aktif, diikuti oleh butang Urus Sambungan dan butang Edit Tindakan.

Tambah sambungan Safari

  1. Buka app Safari pada iPad anda.

  2. Ketik butang Urus Sambungan di sebelah kanan medan carian, kemudian ketik Urus Sambungan.

  3. Ketik Lebih Sambungan untuk melayari menerusi sambungan dalam App Store.

  4. Apabila anda menemui app yang anda mahu, ketik harga, atau jika app percuma, ketik Dapatkan, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Nota: Sambungan yang anda pasang untuk Safari pada iPad yang juga tersedia pada platform lain akan kelihatan dalam seting Safari pada sebarang iPhone, iPad, atau Mac yang anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama, untuk menjadikannya mudah dicari dan dimuat turun.

Urus sambungan anda

Ketik butang Urus Sambungan di sebelah kanan medan carian, kemudian ketik Urus Sambungan. Pilih atau nyahpilih kotak semak sambungan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan sambungan tersebut.

Gunakan sambungan

Anda boleh menggunakan sambungan untuk menyesuaikan cara pelayar anda berfungsi. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan sambungan Safari pada bila-bila masa.

  1. Ketik butang Urus Sambungan di sebelah kanan medan carian, kemudian ketik Urus Sambungan.

  2. Ketik setiap sambungan yang anda mahu berikan keizinan, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk memilih tahap akses untuk diberikan kepada setiap sambungan.

    Penting: Semak sambungan yang anda telah pasang dan pastikan anda tahu fungsinya.

Tukar seting sambungan untuk tapak web individu

Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan sambungan untuk tapak web individu tanpa menukar seting Safari keseluruhan anda.

  1. Buka app Safari pada iPad anda.

  2. Ketik butang Urus Sambungan di sebelah kanan medan carian, kemudian ketik Urus Sambungan.

  3. Aktifkan atau nyahaktifkan setiap sambungan.

Keluarkan sambungan

  1. Leret ke bawah pada Skrin Utama, kemudian cari sambungan yang anda mahu keluarkan.

  2. Sentuh dan tahan ikon sambungan, ketik “Padam app”, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.