Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat data anda dalam Kesihatan pada iPad

Dalam App Kesihatan , anda boleh melihat maklumat kesihatan dan kecergasan anda di satu tempat. Sebagai contoh, anda boleh menyemak sama ada simptom anda semakin pulih dari semasa ke semasa dan lihat prestasi anda memenuhi matlamat untuk aktiviti, tidur, kesedaran minda dan banyak lagi.

Lihat aliran kesihatan anda

Untuk membantu anda menjejak data kesihatan anda dari semasa ke semasa, Kesihatan boleh mengisyaratkan anda perubahan ketara dalam jenis data seperti kadar jantung rehat, bilangan langkah dan jumlah tidur. Garis aliran menunjukkan jumlah dan tempoh metrik yang telah berubah.

  1. Buka app Kesihatan pada iPad anda.

  2. Skrol ke bawah ke Aliran untuk melihat sebarang aliran terbaharu.

  3. Jika Kesihatan mengesan aliran, anda boleh lakukan yang berikut:

    • Lihat lebih data tentang aliran: Ketik grafnya.

    • Lihat lebih aliran: Ketik Lihat Aliran Kesihatan.

Untuk menerima pemberitahuan tentang aliran kesihatan anda, ketik Profil bersebelahan gambar atau parap anda di bahagian kiri atas, ketik Pemberitahuan, kemudian aktifkan Aliran.

Lihat serlahan anda

Ketik butang Bar Sisi, ketik Ringkasan, kemudian skrol ke bawah untuk melihat serlahan data kesihatan dan kecergasan terbaru anda.

Untuk melihat butiran lanjut tentang serlahan, ketik butang Butiran.

Tambah atau keluarkan kategori kesihatan daripada Kegemaran pada skrin Ringkasan

  1. Ketik butang Bar Sisi, kemudian ketik Ringkasan.

  2. Ketik Edit untuk bahagian Kegemaran.

  3. Ketik kategori untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan kategori, kemudian ketik Selesai.

Lihat aliran, serlahan dan butiran untuk kategori kesihatan khusus

Ketik butang Bar Sisi untuk memaparkan senarai Kategori Kesihatan, kemudian lakukan satu daripada berikut:

  • Ketik kategori. (Untuk melihat semua kategori, skrol ke atas dan bawah.)

  • Ketik medan carian, kemudian taipkan nama kategori (seperti Mobiliti) atau jenis data tertentu (seperti Kelajuan Berjalan).

Bergantung pada jenis data, anda mungkin boleh melakukan yang berikut:

  • Lihat butiran tentang sebarang data: Ketik butang Butiran.

  • Lihat paparan data mingguan, bulanan dan tahunan: Ketik tab di bahagian atas skrin.

  • Masukkan data secara manual: Ketik Tambah Data di penjuru kanan atas skrin.

  • Tambah jenis data ke Kegemaran pada skrin Ringkasan: Ketik Tambah ke Kegemaran. (Anda mungkin perlu menskrol ke bawah).

  • Lihat app dan peranti yang dibenarkan untuk berkongsi data: Di bawah Pilihan, ketik Sumber & Akses Data. (Anda mungkin perlu menskrol ke bawah).

  • Padamkan data: Ketik Tunjukkan Semua Data di bawah Pilihan, leret ke kiri pada rekod data, kemudian ketik Padam. Untuk memadamkan semua data, ketik Edit, kemudian ketik Padam Semua.

  • Tukar unit ukuran: Ketik Unit di bawah Pilihan, kemudian pilih unit.

Ketahui lebih lanjut tentang kesihatan dan kecergasan

Bahagian bawah skrin Ringkasan menyediakan artikel pengenalan dan maklumat lain. Ketik item untuk mengetahui lebih lanjut.

Apabila anda melihat butiran dalam kebanyakan kategori kesihatan, app yang dicadangkan ditunjukkan sebagai tambahan kepada data anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.