Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah muzik ke iPad dan dengar di luar talian

Dalam app Muzik , pelanggan Apple Music boleh menambah dan memuat turun lagu dan video daripada Apple Music. Anda boleh menstrim muzik yang anda tambah ke iPad apabila anda mempunyai sambungan internet. Untuk memainkan muzik apabila anda tidak bersambung ke internet, anda mesti memuat turunnya dahulu.

Tambahkan muzik daripada Apple Music ke pustaka anda

Lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Sentuh dan tahan lagu, album, senarai main atau video, kemudian ketik Tambah ke Pustaka.

  • Semasa melihat kandungan album atau senarai main, ketik butang Tambah berdekatan bahagian atas skrin untuk menambah album atau senarai main, atau ketik butang Lagi bersebelahan lagu, kemudian ketik Tambah ke Pustaka untuk menambahkan lagu individu.

  • Pada skrin Kini Dimainkan, ketik butang Lagi, kemudian ketik Tambah ke Pustaka.

Untuk memadam muzik daripada pustaka, sentuh dan tahan lagu, album, senarai main atau video muzik, kemudian ketik Padam daripada Pustaka.

Muzik yang anda tambahkan ke iPad anda juga ditambahkan ke peranti lain jika anda mendaftar masuk ke iTunes Store dan App Store menggunakan Apple ID yang sama dan mengaktifkan Selaraskan Pustaka (pergi ke Seting  > Muzik, kemudian aktifkan Selaraskan Pustaka).

Tambahkan muzik ke senarai main

  1. Sentuh dan tahan album, senarai main, lagu atau video muzik.

  2. Ketik Tambah ke Senarai Main, kemudian pilih senarai main.

Untuk menambah lagu daripada skrin Kini Dimainkan, ketik butang Lagi, ketik Tambah ke Senarai Main, kemudian pilih senarai main.

Muat turun muzik daripada Apple Music ke iPad anda

  • Muat turun lagu, album atau senarai main: Sentuh dan tahan muzik yang anda tambah ke pustaka anda, kemudian ketik Muat Turun.

    Selepas anda menambah senarai main atau album, anda juga boleh mengetik butang Muat Turun di bahagian atas skrin.

    Nota: Anda mesti mengaktifkan Selaraskan Pustaka untuk memuat turun muzik daripada Apple Music ke pustaka anda (pergi ke Seting  > Muzik , kemudian aktifkan Selaraskan Pustaka).

  • Sentiasa muat turun muzik: Pergi ke Seting > Muzik, kemudian aktifkan Muat Turun Automatik.

    Lagu yang anda tambah dimuat turun secara automatik ke iPad.

  • Lihat kemajuan muat turun: Dalam menu Pustaka, ketik Muzik Dimuat Turun, kemudian ketik Memuat Turun.

Nota: Jika muzik yang anda muat turun tersedia dalam Dolby Atmos, lencana Dolby Atmos kelihatan di sebelah item dan anda boleh memuat turunnya dalam Dolby Atmos atau dalam stereo. Untuk memuat turun muzik dalam Dolby Atmos apabila tersedia, pergi ke Seting  > Muzik, kemudian aktifkan Muat Turun dalam Dolby Atmos. Lihat Dengar muzik Dolby Atmos pada iPad.

Urus ruang storan

  • Kosongkan storan muzik: Jika ruang storan iPad kurang, anda boleh mengeluarkan muzik dimuat turun yang sudah lama anda tidak mainkan secara automatik. Pergi ke Seting  > Muzik > Optimumkan Storan.

  • Keluarkan muzik dan video yang disimpan pada iPad: Sentuh dan tahan lagu, album, senarai main, video muzik, rancangan TV, atau filem yang anda telah muat turun. Ketik Keluarkan, kemudian ketik Keluarkan Muat Turun.

    Item ini dikeluarkan daripada iPad, tetapi tidak dalam Pustaka Muzik iCloud.

  • Keluarkan semua lagu atau artis khusus daripada iPad: Pergi ke Seting > Muzik > Muzik Dimuat Turun, ketik Edit, kemudian ketik butang Padam bersebelahan Semua Lagu atau artis yang anda mahu padamkan muziknya.

Pilih pilihan data selular untuk Muzik

Pada iPad (model Wi-Fi + Cellular), pergi ke Seting  > Muzik, aktifkan Data Selular, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

  • Aktifkan atau nyahaktifkan Muat Turun melalui Selular.

  • Ketik Kualiti Audio, aktifkan Audio Lossless, kemudian ketik Penstriman Selular untuk memilih seting (Tiada, Kecekapan Tinggi, Kualiti Tinggi, Lossless, atau Lossless Resolusi Tinggi).

    Kualiti Tinggi, Lossless dan Lossless Resolusi Tinggi menggunakan lebih banyak data selular secara ketara daripada Kecekapan Tinggi, yang mungkin dikenakan caj tambahan daripada pembawa anda. Lagu juga mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk mula dimainkan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.