Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Anotasi buku dalam app Buku pada iPad

Anda boleh menyerlahkan, menambahkan garis bawah dan mengambil nota semasa anda membaca buku dalam app Buku dan kemudian berkongsi anotasi anda dengan orang lain.

Halaman buku dalam app Buku, dengan sebahagian daripada teks halaman dipilih. Butang Serlahan, Tambah Nota, Terjemah, Cari, Salin dan Kongsi berada di atas teks yang dipilih.

Serlahkan atau garis bawah teks

  1. Buka buku dalam app Buku .

  2. Sentuh dan tahan perkataan, kemudian alihkan titik capai untuk melaraskan pilihan.

  3. Ketik Serlahan.

    Untuk menukar warna serlahan atau bertukar ke garis bawah, ketik teks, ketik Serlahan, kemudian ketik pilihan.

    Untuk mengeluarkan serlahan atau garis bawah, ketik teks, kemudian ketik Keluarkan Serlahan.

Untuk melihat semua serlahan anda, ketik halaman, ketik butang Menu, ketik Penanda Buku & Serlahan, kemudian ketik Serlahan. Ketik serlahan untuk pergi ke lokasi tersebut dalam buku.

Tambah nota

  1. Buka buku dalam app Buku .

  2. Sentuh dan tahan perkataan, kemudian alihkan titik capai untuk melaraskan pilihan.

  3. Ketik Tambah Nota, masukkan teks, kemudian ketik Selesai.

    Untuk mengeluarkan nota, ketik teks, kemudian ketik Padam Nota.

Untuk melihat semua nota anda, ketik halaman, ketik butang Menu, ketik Penanda Buku & Serlahan, kemudian ketik Serlahan. Ketik nota untuk pergi ke lokasi tersebut dalam buku.

Kongsi serlahan dan nota

  1. Buka buku dalam app Buku yang anda telah menyimpan serlahan atau nota.

  2. Ketik mana-mana halaman, ketik butang Menu, ketik Penanda Buku & Serlahan, kemudian ketik Serlahan.

  3. Sentuh dan tahan serlahan atau nota yang anda mahu kongsi, kemudian ketik Kongsi .

    Untuk berkongsi berbilang serlahan dan nota, sentuh dan tahan serlahan atau nota, ketik , ketik item yang anda mahu kongsi, kemudian ketik Kongsi .

  4. Pilih kaedah perkongsian seperti AirDrop, Mesej atau Mail.

  5. Selepas anda berkongsi, ketik Selesai untuk menutup Penanda Buku & Serlahan.

Padamkan penanda buku, serlahan dan nota

  1. Buka buku dalam app Buku yang anda telah menyimpan penanda buku, serlahan atau nota.

  2. Ketik mana-mana halaman, ketik butang Menu, ketik Penanda Buku & Serlahan, kemudian ketik Penanda Buku atau Serlahan.

  3. Sentuh dan tahan penanda buku, serlahan atau nota yang anda mahu padam, kemudian ketik Padam .

    Untuk memadamkan berbilang item, sentuh dan tahan item yang anda mahu padamkan, ketik Pilih , ketik item yang anda mahu padamkan, kemudian ketik butang Padam.

  4. Ketik Selesai untuk menutup Penanda Buku & Serlahan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.