Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting VoiceOver anda pada iPad

Anda boleh menyesuaikan seting untuk VoiceOver, seperti pilihan audio, bahasa, suara, kadar sebutan dan bahasa berjela.

Laraskan kelantangan dan seting audio lain VoiceOver

  • Untuk menaikkan atau menurunkan kelantangan, tekan butang kelantangan pada iPad.

  • Untuk mengesetkan pilihan audio lain, pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > VoiceOver > Audio, kemudian setkan pilihan seperti berikut:

    • Bunyi: Laraskan dan pratonton kesan bunyi.

    • Peredaman Audio: Turunkan kelantangan main balik media buat sementara apabila VoiceOver bercakap.

    • Hantar ke HDMI: Halakan audio ke peranti disambungkan dari luar, seperti amplifier instrumen atau pencampur DJ.

Setkan bahasa VoiceOver

  • Tukar bahasa utama: VoiceOver menggunakan bahasa sama yang anda pilih untuk iPad anda. Untuk memilih bahasa utama yang berbeza, pergi ke Seting  > Umum > Bahasa & Rantau, kemudian ketik Tambah Bahasa.

  • Tukar bahasa menggunakan rotor: Lihat Kawal VoiceOver menggunakan rotor pada iPad.

  • Kesan bahasa secara automatik: VoiceOver boleh menukar suara untuk teks dalam bahasa berbeza. Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > VoiceOver > Pertuturan, kemudian aktifkan Kesan Bahasa.

Laraskan suara percakapan

Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > VoiceOver, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Laraskan kadar percakapan: Seret gelangsar Kadar Percakapan.

  • Pilih suara: Ketik Pertuturan > Suara, kemudian pilih suara. Untuk memuat turun suara dipertingkatkan, ketik butang Muat Turun

  • Laraskan pic: Ketik Pertuturan, kemudian seret gelangsar. Anda juga boleh mengaktifkan Perubahan Nada untuk membuatkan VoiceOver menggunakan pic yang lebih tinggi apabila menyebut item pertama dalam kumpulan (seperti senarai atau jadual) dan pic yang lebih rendah apabila menyebut item terakhir dalam kumpulan.

  • Tentukan sebutan perkataan tertentu: Ketik Pertuturan > Sebutan, ketik butang Tambah, masukkan frasa, kemudian rencanakan atau eja cara anda mahu frasa disebut.

    Nota: Anda boleh merencanakan hanya jika anda telah mengaktifkan Dayakan Perencanaan dalam Seting > Umum > Papan Kekunci.

Setkan perkara yang VoiceOver beritahu anda

Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > VoiceOver >, Berjela, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Tukar cara VoiceOver menuturkan tanda baca: Ketik Tanda Baca, kemudian pilih kumpul. Anda juga boleh mencipta kumpulan baharu—contohnya, kumpulan pengaturcaraan dengan “[” disebut sebagai “tanda kurung kiri”.

  • Tukar cara VoiceOver membaca pemberitahuan: Ketik Pemberitahuan Sistem. Secara lalai, VoiceOver membaca pemberitahuan, termasuk mesej teks masuk apabila ia kelihatan—walaupun semasa iPad dikunci. Pemberitahuan yang tidak disemak diulangi apabila anda membuka kunci iPad.

  • Pilih pilihan tambahan: Buatkan VoiceOver menyebut petunjuk, huruf besar, pautan dibenamkan dan banyak lagi. VoiceOver juga boleh mengesahkan tindakan rotor dan memberitahu anda apabila lampu suluh diaktifkan.

Sesuaikan seting VoiceOver untuk aktiviti

Anda boleh menyesuaikan kumpulan seting VoiceOver untuk aktiviti seperti pengaturcaraan. Kemudian, apabila anda membuka app tertentu atau melaraskan rotor, seting untuk pertuturan, audio, bahasa berjela, penaipan, navigasi dan braille digunakan secara automatik.

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > VoiceOver > Aktiviti.

  2. Pilih aktiviti sedia ada atau ketik Tambah Aktiviti.

  3. Laraskan seting, kemudian di bawah Penukaran Automatik, lakukan mana-mana yang berikut:

    • Gunakan seting untuk app tertentu: Ketik App, kemudian pilih app yang anda ingin seting ini digunakan.

    • Gunakan seting untuk konteks tertentu: Ketik Konteks, kemudian pilih satu atau lebih konteks, seperti Pemprosesan Perkataan, Pemesejan, atau Konsol.

Gunakan navigasi rata atau dikumpulkan

Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > VoiceOver > Gaya Navigasi, kemudian pilih salah satu daripada berikut:

  • Rata: VoiceOver beralih secara berturut menerusi setiap item pada skrin apabila anda menggunakan perintah bergerak ke seterusnya dan sebelumnya.

  • Dikumpulkan: VoiceOver beralih menerusi item dan kumpulan item pada skrin. Untuk beralih ke dalam kumpulan, gunakan dua jari untuk meleret ke kanan. Untuk beralih keluar daripada kumpulan, gunakan dua jari untuk meleret ke kiri.

Laraskan visual VoiceOver

Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > VoiceOver, kemudian aktifkan mana-mana yang berikut:

  • Kursor Besar: Jika anda menghadapi kesukaran melihat garis kasar di sekeliling item dipilih, anda boleh besarkan dan tebalkan garis luar.

  • Panel Kapsyen: Teks yang disebut oleh VoiceOver dipaparkan di bahagian bawah skrin.

Gunakan Seting Cepat untuk melaraskan VoiceOver daripada mana-mana pada iPad

Apabila VoiceOver diaktifkan, anda boleh mengakses Seting Cepat dengan melakukan ketik empat kali dua jari.

Untuk menyesuaikan Seting Cepat, lakukan yang berikut:

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > VoiceOver > Seting Cepat

  2. Pilih seting yang anda mahu, atau seret butang Susun Semula untuk menyusun semula seting.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.