Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tunjukkan kredit dan lirik lagu pada iPad

Dalam app Muzik , anda boleh menunjukkan kredit lagu, serta melihat dan berkongsi lirik.

Nota: Anda memerlukan langganan Apple Music untuk melihat kredit dan lirik serta berkongsi lirik.

Tunjukkan kredit lagu

Pada iPad dengan iPadOS 17, anda boleh melihat kredit lagu yang termasuk artis yang membuat persembahan, gubahan dan lirik, peranan produksi dan kejuruteraan serta kualiti audio tersedia.

  1. Buka app Muzik pada iPad anda.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ketik pemain untuk membuka Kini Dimainkan, ketik butang Lagi, kemudian ketik Tunjukkan Kredit.

    • Ketik butang Lagi di sebelah lagu dalam senarai, kemudian ketik Tunjukkan Kredit.

Lihat lirik diselaraskan masa

Lirik diselaraskan masa kelihatan untuk banyak lagu dalam Apple Music.

  1. Buka app Muzik pada iPad anda.

  2. Ketik pemain untuk membuka Kini Dimainkan, kemudian ketik butang Lirik.

    Petua: Ketik lirik tertentu—contohnya baris pertama dalam korus—untuk pergi ke bahagian lagu itu.

  3. Untuk melihat semua lirik lagu, ketik butang Lagi, kemudian ketik Tunjukkan Kredit, kemudian ketik Lihat Lirik.

Untuk menyembunyikan lirik, ketik butang Lirik.

Kongsi lirik

Anda boleh berkongsi sehingga 150 aksara lirik lagu jika lirik diselaraskan masa tersedia.

  1. Ketik pemain untuk membuka Kini Dimainkan.

  2. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Kongsi Lirik.

    Anda juga boleh menyentuh dan menahan baris lirik untuk membuka skrin perkongsian.

  3. Ketik lirik pertama dan terakhir yang anda mahu kongsi, kemudian pilih pilihan perkongsian.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.