Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Ukur dimensi dengan iPad

Anda boleh menggunakan app Ukur dan kamera iPad anda untuk mengukur objek dan permukaan berdekatan—anda boleh mengesetkan titik mula dan tamat bagi ukuran secara manual, menjadikan iPad mengesan dimensi objek segi empat tepat secara automatik dan banyak lagi.

Skrin menunjukkan ukuran dimensi kotak dalam app Ukur. Keluasan kotak dikira daripada ukuran dimensi.

Untuk hasil terbaik, gunakan Ukur pada objek yang jelas terletak 0.5 sehingga 3 meter (2 sehingga 10 kaki) dari iPad. (Ukuran adalah anggaran.)

Nota: Ukur berfungsi pada paparan luaran tanpa pencerminan.

Mulakan pengukuran

  1. Buka Ukur , kemudian gunakan kamera iPad mengimbas objek berdekatan dengan perlahan.

  2. Tempatkan iPad supaya objek yang anda mahu ukur kelihatan pada skrin.

Nota: Untuk privasi anda, apabila anda menggunakan Ukur untuk mengambil ukuran, titik hijau kelihatan di bahagian atas skrin untuk menunjukkan kamera anda sedang digunakan.

Ambil pengukuran segi empat tepat automatik

  1. Apabila iPad mengesan pinggir objek segi empat tepat, sebuah kotak membingkaikan objek, ketik kotak untuk melihat dimensi.

  2. Untuk mengambil foto pengukuran anda, ketik butang Ambil Gambar.

Ambil pengukuran manual

  1. Jajarkan titik di bahagian tengah skrin dengan titik di tempat anda mahu mula mengukur, kemudian ketik butang Tambah.

  2. Sorot iPad ke titik akhir dengan perlahan, kemudian ketik butang Tambah untuk melihat panjang yang diukur.

  3. Untuk mengambil foto pengukuran anda, ketik butang Ambil Gambar.

  4. Ambil pengukuran lain, atau ketik Kosongkan untuk bermula semula.

    Untuk bermula semula pada model disokong, ketik butang Sejarah, kemudian ketik Kosongkan Semua.

Gunakan panduan pinggir

Pada model disokong, anda boleh mengukur ketinggian dan pinggir lurus perabot, kaunter dapur dan objek lain dengan mudah menggunakan garis panduan yang kelihatan secara automatik.

  1. Tempatkan titik di bahagian tengah skrin sepanjang pinggir lurus objek sehingga panduan kelihatan.

  2. Ketik butang Tambah di tempat yang anda mahu mula mengukur.

  3. Sorot dengan perlahan sepanjang panduan, kemudian ketik butang Tambah di titik akhir untuk melihat panjang yang diukur.

  4. Untuk mengambil foto pengukuran anda, ketik butang Ambil Gambar.

Gunakan paparan Pembaris

Pada model disokong, anda boleh melihat butiran lanjut dalam ukuran anda dengan paparan Pembaris.

  1. Selepas mengukur jarak antara dua titik, alihkan iPad lebih dekat ke garis ukuran sehingga ia bertukar menjadi pembaris, menunjukkan tokokan unit kepanjangan.

  2. Untuk mengambil foto pengukuran anda, ketik butang Ambil Gambar.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.