Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Ambil foto dengan kamera iPad anda

Ketahui cara untuk mengambil foto yang cantik dengan Kamera pada iPad anda. Pilih daripada mod kamera seperti Foto, Pano dan Petak serta gunakan ciri kamera seperti Jujukan dan Live Photos.

Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Buka Kamera.” Ketahui cara menggunakan Siri.

Kamera dibuka dalam mod Foto.

Ambil foto

Foto ialah mod standard yang anda lihat apabila anda membuka Kamera. Gunakan mod Foto untuk mengambil foto pegun. Leret pemilih mod ke atas atau ke bawah untuk memilih mod berlainan, seperti Video, Pano, Selang Masa, Slo-mo dan Potret (pada model disokong).

  1. Ketik Kamera pada skrin Utama atau leret ke kiri pada skrin Kunci untuk membuka Kamera dalam mod Foto.

  2. Ketik butang Pengatup atau tekan mana-mana butang kelantangan untuk mengambil foto.

Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan denyar pada model yang menyokong Denyar True Tone, ketik butang Denyar, kemudian pilih Auto, Aktif, atau Nyahaktif.

Untuk mengesetkan pemasaan, stabilkan iPad anda dan bingkaikan syot anda. Ketik butang Pemasa, kemudian ketik 3s atau 10s.

Nota: Untuk keselamatan anda, titik hijau kelihatan di bahagian atas skrin semasa Kamera sedang digunakan. Lihat Kawal akses kepada ciri perkakasan.

Zum masuk atau keluar

  • Pada semua model, buka Kamera dan cubit skrin untuk zum masuk atau keluar.

  • Bergantung pada model anda, lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ketik 1x di sebelah kiri skrin.

    • Seret gelangsar di sebelah kiri skrin ke atas atau ke bawah.

    • Sentuh dan tahan kawalan zum di sebelah kiri skrin, kemudian seret gelangsar ke kanan atau ke kiri.

Ambil foto panorama

  1. Pilih mod Pano, kemudian ketik butang Pengatup.

  2. Sorot perlahan-lahan mengikut arah anak panah, pastikannya kekal di garis tengah.

    Kamera dalam mod Panorama. Anak panah, kiri dari pusat, menuding ke kanan untuk menunjukkan arah sorotan.
  3. Untuk selesai, ketik butang Pengatup lagi.

Ketik anak panah untuk menyorot dalam arah berlawanan. Untuk menyorot secara menegak, pusing dahulu iPad kepada orientasi landskap. Anda juga boleh menterbalikkan arah sorotan menegak.

Tangkap syot aksi dengan mod Jujukan

Mod Jujukan mengambil berbilang foto berkelajuan tinggi supaya anda boleh mempunyai sebilangan foto untuk dipilih. Anda boleh mengambil foto Jujukan dengan kamera depan dan belakang.

  1. Pilih mod Foto atau Petak.

  2. Sentuh dan tahan butang Pengatup untuk mengambil foto berterusan.

    Pembilang menunjukkan bilangan syot yang anda ambil.

  3. Angkat jari anda untuk berhenti.

  4. Untuk memilih foto yang anda mahu simpan, ketik imej kecil Jujukan, kemudian ketik Pilih.

    Titik kelabu di bawah imej kecil menandakan foto yang disyorkan untuk disimpan.

  5. Ketik bulatan di penjuru kanan bawah setiap foto yang anda mahu simpan sebagai foto individu, kemudian ketik Selesai.

Untuk memadamkan keseluruhan kumpulan foto Jujukan, ketik imej kecil, kemudian ketik butang Padam.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.