Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Susun nota anda dengan Folder Pintar pada iPad

Dalam app Nota , anda boleh mencari dan menapis nota anda merentas folder menggunakan Folder Pintar.

Cipta Folder Pintar

  1. Ketik butang Folder Baharu, pilih akaun (jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun), masukkan nama, kemudian ketik Jadikan Folder Pintar.

  2. Pilih satu atau lebih penapis, kemudian pilih untuk menyertakan nota yang sepadan dengan sebarang atau semua penapis yang dipilih. Anda boleh menapis mengikut tag, tarikh, sebutan dan banyak lagi.

Anda juga boleh mencipta Folder Pintar semasa melihat senarai nota ditag, ketik butang Tindakan Folder, kemudian ketik Cipta Folder Pintar.

Tukar folder kepada Folder Pintar

Semasa melihat folder yang anda mahu tukar, ketik butang Tindakan Folder, skrol ke bahagian bawah, kemudian ketik Tukar kepada Folder Pintar.

Apabila anda menukar folder, notanya dialihkan ke folder Nota dan ditag dengan nama Folder Pintar.

Nota: Anda tidak boleh menukar folder dikongsi, folder dengan subfolder, atau folder yang mengandungi nota dikunci.

Edit Folder Pintar

Lakukan salah satu daripada yang berikut:

  • Dalam senarai folder, ketik Edit, kemudian ketik butang Tindakan Folder untuk menambah, mengalihkan dan menamakan semula folder.

  • Sentuh dan tahan Folder Pintar, kemudian ketik Edit Folder Pintar. Anda boleh menukar nama atau penapis.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.