Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cipta dan urus alamat Sembunyikan E-mel Saya dalam Seting pada iPad

Apabila anda melanggan iCloud+, anda boleh menggunakan Sembunyikan E-mel Saya untuk memastikan alamat e-mel peribadi anda kekal peribadi. Dengan Sembunyikan E-mel Saya, anda boleh menjana alamat e-mel unik dan rawak yang dimajukan kepada akaun e-mel peribadi anda supaya anda tidak perlu berkongsi akaun e-mel sebenar anda semasa mengisi borang atau mendaftar untuk surat berita pada web atau semasa menghantar e-mel.

Anda boleh mencipta dan mengurus alamat Sembunyikan E-mel Saya dalam Seting . Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Sembunyikan E-mel Saya, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

  • Cipta alamat Sembunyikan E-mel Saya: Ketik Cipta Alamat Baharu, kemudian ikuti arahan atas skrin.

  • Nyahaktifkan alamat Sembunyikan E-mel Saya: Ketik alamat (di bawah Sembunyikan E-mel Saya), kemudian ketik Nyahaktifkan Alamat E-mel. Selepas anda menyahaktifkan alamat, ia tidak lagi memajukan e-mel kepada anda.

  • Tukar alamat e-mel peribadi untuk dimajukan: Ketik Majukan Kepada, kemudian pilih alamat e-mel. Pilihan terdiri daripada alamat yang tersedia dengan Apple ID anda.

  • Salin alamat pemajuan untuk digunakan di tempat lain: Ketik alamat (di bawah Cipta Alamat Baharu), sentuh dan tahan Sembunyikan E-mel Saya, kemudian ketik Salin. Untuk menggunakan alamat tersebut di tempat lain serta-merta, sentuh dan tahan dalam medan teks, kemudian ketik Tampal.

Anda boleh menjana alamat Sembunyikan E-mel Saya dalam Safari dan Mail di tempat alamat e-mel diperlukan. Dalam app yang disokong, anda juga boleh menjana alamat Sembunyikan E-mel Saya apabila alamat e-mel diperlukan dengan mengetik medan alamat e-mel, kemudian mengetik Sembunyikan E-mel Saya di atas papan kekunci.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.