Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lukis atau tulis dalam Nota pada iPad

Gunakan app Nota untuk melukis lakaran atau mencatat nota tulisan tangan dengan Apple Pencil anda (pada model disokong) atau jari anda. Anda boleh memilih daripada pelbagai alat Penanda dan warna dan lukis garisan lurus dengan pembaris.

Nota menunjukkan lukisan dan alat Penanda di sepanjang bahagian bawah skrin.

Lukis atau tulis dalam nota

  1. Buka app Nota pada iPad anda.

  2. Dalam nota, mula melukis atau menulis dengan Apple Pencil. Atau untuk melukis atau menulis dengan jari anda, ketik butang Alat Tulisan Tangan.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tukar warna atau alat: Gunakan alat Penanda.

    • Laraskan kawasan tulisan tangan: Seret pemegang saiz semula (pada sebelah kiri) ke atas atau bawah.

    • Transkripsikan tulisan tangan anda ke teks ditaip semasa anda menulis dengan Apple Pencil: Ketik alat Tulisan Tangan (ke sebelah kiri pen), kemudian mula menulis.

      Nota: Coretan tersedia dalam bahasa disokong. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menulis nota dengan Apple Pencil, lihat Masukkan teks dengan Coretan pada iPad.

Petua: Anda boleh mencari teks tulisan tangan (dalam bahasa disokong) dalam Nota. Jika nota tidak mempunyai tajuk, baris pertama teks tulisan tangan menjadi cadangan tajuk. Untuk mengedit tajuk, skrol ke bahagian atas nota, kemudian ketik Edit.

Pilih dan edit lukisan dan tulisan tangan

Dengan Pilihan Pintar, anda boleh memilih lukisan dan tulisan tangan menggunakan gerak isyarat sama yang anda gunakan untuk teks ditaip. Anda boleh mengalihkan, menyalin, atau memadamkan pilihan dalam nota. Anda juga boleh menampalkan pilihan sebagai teks ditaip dalam nota atau app lain.

Nota dengan senarai tulisan tangan dipilih. Di atas teks diserlahkan ialah menu dengan pilihan untuk memotong, memadamkan, menyalin sebagai teks dan banyak lagi.

Nota: Pilihan Pintar dan transkripsi tulisan tangan berfungsi jika bahasa sistem iPad anda disetkan ke bahasa disokong dalam Seting  > Umum > Bahasa & Rantau > Bahasa iPad. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

  1. Dalam alat palet, ketik alat Laso (di antara pemadam dan pembaris).

  2. Pilih lukisan dan tulisan tangan dengan Apple Pencil atau tangan anda menggunakan mana-mana kaedah berikut:

    • Sentuh dan tahan, kemudian seret untuk mengembangkan pilihan.

    • Dwiketik untuk memilih perkataan.

    • Ketik tiga kali untuk memilih ayat.

    Laraskan pilihan dengan menyeret pemegang jika perlu.

  3. Ketik pilihan, kemudian pilih Potong, Salin, Padam, Duplikasi, Salin sebagai Teks, Masukkan Ruang di Atas, Terjemah, atau Luruskan.

    Petua: Jika anda memilih Salin sebagai Teks, anda boleh menampal teks ditranskripsikan dalam nota berlainan atau app berlainan.

Seret imej daripada app lain

Anda boleh menyeret imej daripada app lain ke nota dan menggabungkannya dengan kandungan bertulisan tangan dan dilukis. Selepas anda menambah imej ke kawasan lukisan, anda boleh menempatkan semula dan mensaiz semula imej.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.