Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Bermula dengan Masa Skrin pada iPad

Anda boleh menggunakan Masa Skrin untuk mendapatkan maklumat tentang cara anda dan ahli keluarga anda meluangkan masa pada peranti anda—termasuk app dan tapak web yang anda gunakan dan kekerapan anda mengangkat peranti anda.

Aktifkan Masa Skrin

Pergi ke Seting  > Masa Skrin, ketik Aktiviti App & Tapak Web, kemudian ketik Aktifkan Aktiviti App & Tapak Web.

Skrin untuk menyediakan Masa Skrin, menunjukkan yang anda mengetik Aktiviti App & Tapak Web untuk bermula.

Gunakan Masa Skrin pada semua peranti anda

Anda boleh berkongsi seting dan laporan Masa Skrin anda merentas semua peranti anda yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama.

  1. Pergi ke Seting  > Masa Skrin.

  2. Skrol ke bawah, kemudian aktifkan Kongsi Merentas Peranti.

Lihat ringkasan Masa Skrin anda

Bila-bila masa selepas anda mengaktifkan Aktiviti App & Tapak Web, anda boleh melihat laporan penggunaan peranti anda, termasuk jumlah masa anda luangkan untuk menggunakan jenis app tertentu, kekerapan anda mengangkat iPad anda dan peranti lain, app yang paling banyak menghantar pemberitahuan dan banyak lagi.

  1. Pergi ke Seting  > Masa Skrin.

  2. Ketik Lihat Semua Aktiviti App & Tapak Web, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Ketik Minggu untuk melihat ringkasan penggunaan mingguan anda.

    • Ketik Hari untuk melihat ringkasan penggunaan harian anda.

      Laporan Mingguan Masa Skrin, menunjukkan jumlah masa yang diluangkan pada app, mengikut kategori dan mengikut app.

Gunakan widget Masa Skrin untuk menyemak penggunaan peranti anda secara sekilas pandang

Anda boleh menyemak penggunaan peranti anda dengan cepat dengan menambah widget Masa Skrin ke Skrin Utama anda. Widget memaparkan maklumat daripada ringkasan Masa anda—lebih besar widget yang anda tambah, lebih banyak maklumat yang dipaparkannya.

Jika anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga menerusi Perkongsian Keluarga, anda boleh mengetik widget untuk melihat senarai orang dalam kumpulan keluarga anda, Ketik nama ahli keluarga yang anda mahu lihat laporan.

Anda juga boleh melihat ringkasan anda dengan mengetik pemberitahuan Laporan Mingguan Masa Skrin apabila ia kelihatan pada skrin. (Jika pemberitahuan hilang, anda boleh mencarinya dalam Pusat Pemberitahuan.)

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.