Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar warna pada iPad untuk memudahkan anda melihat item atas skrin

Untuk memudahkan anda melihat perkara pada skrin iPad, anda boleh menterbalikkan dan menapis warna atau membuatkan item lutsinar menjadi padu.

Petua: Setkan kecerahan dengan cepat dengan gelangsar dalam Pusat Kawalan.

Terbalikkan warna

Anda boleh menterbalikkan warna pada skrin iPad untuk memudahkan anda membaca teks. Ini berguna dalam app dan tapak web yang tidak menyokong Mod Gelap.

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Paparan & Saiz Teks.

  2. Aktifkan salah satu daripada yang berikut:

    • Terbalikkan Pintar: Terbalikkan warna di semua tempat kecuali imej.

    • Terbalikkan Klasik: Terbalikkan semua warna atas skrin.

Tapis warna untuk melaraskan rona

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Paparan & Saiz Teks.

  2. Ketik Penapis Warna, aktifkan Penapis Warna, kemudian ketik penapis warna untuk menggunakannya.

    Anda boleh menyeret sebarang gelangsar yang kelihatan untuk melaraskan keamatan atau rona. Pensel menunjukkan cara penapis mempengaruhi julat warna.

    Nota: Penapis warna boleh menukar rupa imej dan video.

Aktifkan Kurangkan Titik Putih untuk mengurangkan keamatan warna terang.

Untuk membuatkan warna skrin menjadi lebih panas apabila hari menjadi gelap, gunakan Night Shift. Night Shift mengeluarkan warna yang diterbalikkan dan kesan penapis warna secara automatik (kecuali skala kelabu).

Jadikan item lutsinar padu

Sesetengah latar belakang kelihatan lutsinar atau dikaburkan secara lalai. Anda boleh menjadikan latar belakang halimunan ini legap dengan memberikannya warna padu. Dengan cara ini, anda mempermudahkan bahagian skrin tersebut dan menjadikannya mudah untuk dilihat.

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Paparan & Saiz Teks.

  2. Aktifkan Kurangkan Kelutsinaran.

Bezakan tanpa warna

Sesetengah item skrin bergantung pada warna untuk menyampaikan maklumat. Anda boleh menggantikan ini dengan cara alternatif untuk membezakannya, seperti bentuk atau teks.

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Paparan & Saiz Teks.

  2. Aktifkan Bezakan Tanpa Warna

Gunakan satu dan sifar untuk suis aktif/tak aktif

Suis bertukar hijau apabila aktif. Anda juga boleh membuatkan suis menggunakan “1” untuk menandakan apabila suis aktif dan “0” untuk menandakan apabila suis tidak aktif.

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Paparan & Saiz Teks.

  2. Aktifkan Label Aktif/Tak Aktif.

Untuk menggunakan seting ini hanya pada kandungan tetingkap zum, lihat Zum masuk pada skrin iPad.

Anda juga boleh menggunakan Pembesar untuk menukar warna yang anda lihat di persekitaran anda. Lihat Tukar seting Pembesar pada iPad.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.