Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Rakam Suara Peribadi anda pada iPad

Jika anda mempunyai risiko kehilangan pertuturan atau mempunyai kecacatan pertuturan, anda boleh mencipta suara diperibadikan pada iPad untuk digunakan dengan Pertuturan Langsung. Dengan Suara Peribadi, anda boleh mencipta suara yang kedengaran seperti suara anda sendiri untuk digunakan bagi menaip untuk dituturkan dalam FaceTime dan app komunikasi bantuan. (Tersedia dalam bahasa terpilih.)

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Suara Peribadi.

  2. Ketik Cipta Suara Peribadi, kemudian ikuti siri gesaan.

    (Jika anda perlu menjeda sesi rakaman anda, ketik Selesai. Untuk meneruskan, ketik Teruskan Merakam.)

Nota: Untuk melihat pilihan bagi mencipta Suara Peribadi, anda mesti mengesetkan kod laluan terlebih dahulu.

Suara Peribadi anda disimpan dengan selamat pada iPad anda untuk digunakan semasa panggilan Telefon dan FaceTime, perbualan bersemuka serta app komunikasi alternatif dan augmentatif (AAC) pihak ketiga.

Penting: Anda hanya boleh menggunakan Suara Peribadi untuk mencipta suara pada iPad anda yang kedengaran seperti anda menggunakan suara anda sendiri untuk kegunaan peribadi anda dan bukan komersial. (Kenalan Legasi anda tidak akan dapat mengakses Suara Peribadi anda.) Lihat artikel Sokongan Apple Cara mencipta Suara Peribadi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.