Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Aktifkan atau nyahaktifkan resit dibaca dalam Mesej pada iPad

Dalam app Mesej, anda boleh menggunakan resit dibaca untuk memaklumkan seseorang secara automatik apabila anda melihat mesej mereka.

Apabila resit dibaca diaktifkan dan anda membuka perbualan, pengirim melihat perkataan “Dibaca” pada peranti mereka (di bawah mesej mereka kepada anda). Jika tidak, penghantar melihat “Dihantar”.

Anda boleh mengaktifkan resit dibaca untuk semua orang atau untuk kenalan individu.

Nota: Untuk menggunakan resit dibaca, anda dan penerima anda mesti mengaktifkan iMessage.

Aktifkan resit dibaca

Anda boleh mengaktifkan resit dibaca untuk memaklumkan semua orang bahawa anda telah membuka mesej mereka.

  1. Pergi ke Seting  > Mesej.

  2. Aktifkan Hantar Resit Dibaca.

Nota: Jika anda menyahaktifkan resit dibaca untuk kenalan tertentu, anda perlu mengaktifkan semula seting untuk kenalan tersebut secara individu. (Lihat Aktifkan resit dibaca untuk satu orang, di bawah.)

Nyahaktifkan resit dibaca

Jika anda tidak mahu orang lain tahu bahawa anda telah membuka mesej mereka, anda boleh menyahaktifkan resit dibaca.

  1. Pergi ke Seting  > Mesej.

  2. Nyahaktifkan Hantar Resit Dibaca.

Nota: Tindakan ini hanya memberi kesan kepada perbualan dengan kenalan dengan resit dibaca yang anda tidak pernah aktifkan secara individu. (Lihat Nyahaktifkan resit dibaca untuk satu orang, di bawah.)

Aktifkan resit dibaca untuk satu orang

Anda boleh mengaktifkan resit dibaca dalam perbualan untuk memaklumkan seorang penerima tersebut apabila anda melihat mesej masuk mereka, walaupun jika anda menyahaktifkan resit dibaca secara umumnya.

  1. Buka app Mesej pada iPad anda.

  2. Ketik perbualan, kemudian ketik nombor atau nama orang yang anda berkomunikasi di bahagian atas perbualan.

  3. Aktifkan Hantar Resit Dibaca.

Nyahaktifkan resit dibaca untuk satu orang

Jika anda mengaktifkan resit dibaca untuk seorang individu tetapi anda mahu mereka berhenti menerima resit dibaca, anda boleh menyahaktifkan seting ini untuk kenalan tersebut.

  1. Buka app Mesej pada iPad anda.

  2. Ketik perbualan, kemudian ketik nombor atau nama orang yang anda berkomunikasi di bahagian atas perbualan.

  3. Nyahaktifkan Hantar Resit Dibaca.

Dapatkan resit dibaca apabila orang lain melihat mesej anda

Anda tidak boleh mengaktifkan resit dibaca untuk sesiapa kecuali anda sendiri. Untuk menerima resit dibaca apabila mesej anda dibuka, minta penerima untuk mengaktifkannya. Lihat Aktifkan resit dibaca untuk satu orang di atas.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.