Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Baris gilir muzik anda pada iPad

Gunakan baris gilir dalam app Muzik untuk melihat senarai lagu akan datang, menambah lagu dan video ke baris gilir dan melihat lagu yang anda baru mainkan.

Gunakan baris gilir

  1. Ketik pemain untuk membuka Kini Dimainkan.

  2. Ketik butang Baris Gilir, kemudian ketik lagu untuk memainkannya dan lagu seterusnya.

    Untuk menyusun semula senarai, seret butang Susun Semula.

  3. Ketik butang Baris Gilir lagi untuk menyembunyikan baris gilir.

Secara lalai, jika anda ialah pelanggan Apple Music, Main Auto menambah muzik yang serupa dengan muzik yang anda terakhir mainkan ke hujung baris gilir. Untuk menyahaktifkan Main Auto, ketik butang Main Auto.

Nota: Apabila anda menyahaktifkan Main Auto pada peranti yang menggunakan Apple ID anda—contohnya, iPad anda—Main Auto dinyahaktifkan pada semua peranti lain yang menggunakan Apple ID sama.

Tambah muzik dan video ke baris gilir

Apabila melayari atau memainkan muzik, sentuh dan tahan lagu, album, senarai main atau video, kemudian pilih pilihan.

  • Tambah muzik terus selepas item yang sedang dimainkan: Ketik Main Seterusnya.

  • Tambah muzik ke hujung baris gilir: Ketik Main Terakhir.

Petua: Jika anda menggunakan HomePod untuk strim muzik dan rakan anda berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama, mereka boleh menambah dan menyusun semula item dalam baris gilir. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang akses speaker HomePod, lihat Panduan Pengguna HomePod.

Lihat perkara yang anda terbaru mainkan

  1. Ketik pemain untuk membuka Kini Dimainkan.

  2. Ketik butang Baris Gilir, kemudian leret ke bawah untuk melihat sejarah main anda.

    Untuk memainkan lagu dalam sejarah, ketik lagu. Untuk mengeluarkan sejarah main anda, ketik Kosongkan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.