Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Laraskan seting audio pada iPad

Anda boleh menggunakan audio mono, melaraskan imbangan stereo kiri-kanan dan—dengan fon kepala disokong—menguatkan bunyi lembut serta melaraskan frekuensi tertentu supaya sesuai dengan keperluan pendengaran anda. Anda juga boleh menggunakan data daripada audiogram untuk meningkatkan ketepatan serta kualiti bunyi fon kepala anda.

Imbangkan audio

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Audio & Visual.

  2. Laraskan mana-mana daripada berikut:

    • Audio Mono: Aktifkan Audio Mono untuk membuatkan speaker kiri dan kanan memainkan kandungan yang sama.

    • Imbangan Audio Stereo: Seret gelangsar Imbang ke kiri atau kanan.

Laraskan frekuensi, nada dan penguatan

Dengan fon kepala Apple dan Beats disokong, anda boleh menguatkan bunyi lembut dan melaraskan frekuensi tertentu supaya sesuai dengan pendengaran anda. Pelarasan ini membantu bunyi muzik, filem, panggilan telefon dan podcast lebih terperinci dan jelas.

  1. Pastikan anda berada dalam persekitaran yang senyap dan anda telah memasangkan AirPods anda, fon kepala Bluetooth® disokong lain, atau menyambungkan EarPods anda.

  2. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Audio & Visual > Penyesuaian Fon Kepala, kemudian aktifkan Penyesuaian Fon Kepala.

  3. Ketik Persediaan Audio Tersuai, kemudian ikuti arahan atas skrin. Atau setkan secara manual mana-mana yang berikut:

    • Frekuensi: Di bawah Tala Audio Untuk, pilih pilihan untuk meningkatkan frekuensi berbeza.

    • Bunyi lembut: Seret gelangsar untuk mengesetkan paras penguatan.

  4. Skrol ke bawah, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Aktifkan Telefon untuk menggunakan seting ke panggilan telefon.

    • Aktifkan Media untuk menggunakan seting ke main balik media seperti muzik, filem dan podcast.

Petua: Akses Penyesuaian Fon Kepala dengan cepat dengan mengetik butang Peranti Pendengaran dalam Pusat Kawalan. (Jika anda tidak melihat butang Peranti Pendengaran, tambahnya pada Pusat Kawalan—pergi ke Seting  > Pusat Kawalan, kemudian ketik butang Masukkan di sebelah Pendengaran).

Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan seting Penyesuaian Fon Kepala ke Mod Ketelusan dan Peningkatan Perbualan semasa menggunakan AirPods Pro dan iPad, lihat Sesuaikan mod Ketelusan untuk AirPods Pro dalam Panduan Pengguna AirPods.

Tambah audiogram

Anda boleh menggunakan audiogram untuk menyesuaikan seting audio pada fon kepala Apple dan Beats yang disokong dan meningkatkan ketepatan serta kualiti bunyinya.

Menggunakan ujian audio nada tulen, audiogram memaparkan kekuatan bunyi untuk anda mendengarnya.

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Audio & Visual > Penyesuaian Fon Kepala.

  2. Aktifkan Penyesuaian Fon Kepala, kemudian ketik Persediaan Audio Tersuai.

  3. Ikuti arahan atas skrin untuk menambah audiogram. Lihat Gunakan data audiogram dalam Kesihatan pada iPad.

Jika hasil audiogram daripada kedua-dua telinga hampir simetri, output kiri dan kanan sesuai dengan purata profilnya. Jika tidak simetri, output sesuai dengan telinga yang lebih elok.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.