Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Laraskan kelantangan pada iPad

Laraskan kelantangan media, isyarat dan kesan bunyi menggunakan butang kelantangan, Siri, atau Pusat Kawalan.

Gunakan butang kelantangan atau Siri untuk melaraskan kelantangan

Gunakan butang kelantangan pada iPad untuk melaraskan kelantangan lagu dan media, isyarat dan kesan bunyi lain. (Butang kelantangan berada di bahagian sisi atau atas peranti anda, bergantung pada model anda.)

Anda juga boleh menggunakan Siri untuk menaikkan atau menurunkan kelantangan.

Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Naikkan kelantangan” atau “Turunkan kelantangan.” Ketahui cara menggunakan Siri.

Anda boleh menggunakan Pusat Kawalan untuk senyapkan isyarat audio dan pemberitahuan.

AMARAN: Untuk mendapatkan maklumat penting tentang mengelakkan kehilangan pendengaran, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPad.

Dua model iPad berlainan ditunjukkan dari hadapan. Model di sebelah kiri mempunyai butang kelantangan berhampiran sebelah kanan atas dan butang atas di sebelah kanan atas. Model di sebelah kanan mempunyai butang kelantangan di sebelah kiri atas dan butang atas/Touch ID di sebelah kanan atas.

Nota: Jangan Ganggu tidak menyenyapkan audio daripada muzik, podcast, filem dan rancangan TV.

Kunci kelantangan pendering dan isyarat

Pergi ke Seting > Bunyi, kemudian nyahaktifkan Tukar dengan Butang.

Laraskan kelantangan dalam Pusat Kawalan

Apabila iPad dikunci atau semasa anda menggunakan app, anda boleh melaraskan kelantangan dalam Pusat Kawalan.

Buka Pusat Kawalan, kemudian seret gelangsar kelantangan.

Kurangkan bunyi kuat fon kepala

  1. Pergi ke Seting  > Bunyi > Keselamatan Fon Kepala.

  2. Aktifkan Kurangkan Bunyi Kuat, kemudian seret gelangsar untuk menentukan kelantangan maksimum.

Nota: Jika anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga, anda boleh menghalang mereka daripada menukar paras Kurangkan Bunyi Kuat. Pergi ke Seting > Masa Skrin > Pengehadan Kandungan & Privasi, aktifkan Pengehadan Kandungan & Privasi, ketik Kurangkan Bunyi Kuat, kemudian pilih Jangan Benarkan.

Senyapkan bunyi

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Tekan dan tahan butang Turunkan Kelantangan.

  • Buka Pusat Kawalan, kemudian ketik butang Mod Senyap Tidak Aktif untuk mengaktifkan mod Senyap. Ketiknya lagi untuk menyahaktifkannya.

Senyapkan panggilan, isyarat dan pemberitahuan buat sementara waktu

Buka Pusat Kawalan, ketik Fokus, kemudian ketik Jangan Ganggu. (Lihat Aktifkan atau jadualkan Fokus pada iPad.)

Pada iPad, terdapat beberapa cara untuk melindungi pendengaran anda daripada kelantangan kuat semasa mendengar audio fon kepala. Lihat Gunakan ciri paras audio fon kepala pada iPad.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.