Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting video FaceTime pada iPad

Semasa panggilan dalam app FaceTime , anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Cahaya Studio, Bingkai Dipusatkan dan mod Potret, bertukar antara kamera, atau mengaktifkan atau menyahaktifkan kamera anda.

Aktifkan Bingkai Dipusatkan

Pada model disokong, anda boleh menggunakan Bingkai Dipusatkan yang melaraskan kamera hadapan anda untuk membingkaikan anda secara automatik sambil anda bergerak di sekitar medan penglihatan semasa panggilan FaceTime.

  1. Apabila anda dalam panggilan FaceTime, buka Pusat Kawalan.

  2. Ketik Kesan Video, kemudian ketik Bingkai Dipusatkan untuk mengaktifkannya.

    Untuk menyahaktifkan Bingkai Dipusatkan, ketiknya lagi.

Pada sesetengah model iPad, butang Bingkai Dipusatkan kelihatan dalam jubin anda. Untuk mengaktifkan Bingkai Dipusatkan, anda boleh mengetik jubin anda, kemudian mengetik butang Bingkai Dipusatkan.

Kaburkan latar belakang dengan mod Potret

Pada model disokong, anda boleh mengaktifkan mod Potret, yang mengaburkan latar belakang secara automatik dan meletakkan fokus visual pada anda, cara yang sama mod Potret lakukan dalam app Kamera.

  1. Apabila anda dalam panggilan FaceTime, ketik jubin anda.

  2. Ketik butang Kaburkan Latar Belakang dalam jubin anda.

    Untuk menyahaktifkan mod Potret, ketik butang mod Potret lagi.

Anda juga boleh mengaktifkan mod Potret dalam Pusat Kawalan. Buka Pusat Kawalan, kemudian ketik Kesan Video.

Serlahkan muka anda

Pada model disokong, anda boleh mengaktifkan Cahaya Studio, yang memalapkan latar belakang dan mencerahkan muka anda.

  1. Apabila anda dalam panggilan FaceTime, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik Kesan Video.

  2. Ketik butang Kaburkan Latar Belakang dalam jubin anda.

    Untuk menyahaktifkan mod Potret, ketik butang mod Potret lagi.

Anda juga boleh mengaktifkan mod Potret dalam Pusat Kawalan. Buka Pusat Kawalan, kemudian ketik Kesan Video.

Tukar kepada kamera belakang

Apabila anda dalam panggilan FaceTime, ketik jubin anda, kemudian ketik butang Tukar ke Kamera Belakang.

Untuk bertukar kembali ke kamera depan, ketik butang Tukar ke Kamera Belakang lagi.

Nota: Semasa anda menggunakan kamera belakang, anda boleh membesarkan imej dengan mengetik 1x. Mengetiknya lagi mengembalikan imej ke saiz normal.

Nyahaktifkan kamera anda

Apabila anda dalam panggilan FaceTime, ketik skrin untuk membuatkan kawalan kelihatan, kemudian ketik butang Kamera Aktif. (Ketiknya lagi untuk mengaktifkan kamera semula.)

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.