Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting audio dan video FaceTime pada iPad

Aktifkan Bingkai Dipusatkan, bertukar antara kamera, atau aktifkan atau nyahaktifkan audio atau video semasa anda menggunakan app FaceTime .

Aktifkan Bingkai Dipusatkan

Pada iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-5) dan iPad Pro 11 inci (generasi ke-3), anda boleh menggunakan Bingkai Dipusatkan, yang melaraskan kamera depan anda secara automatik untuk mengoptimumkan bingkai semasa anda bergerak ke sekeliling medan pandangan semasa panggilan FaceTime.

  1. Semasa anda sedang dalam panggilan FaceTime, ketik skrin (jika anda tidak melihat kawalan).

  2. Leret ke atas daripada bahagian atas kawalan, kemudian ketik Bingkai Dipusatkan.

  3. Ketik lagi untuk menyahaktifkannya.

Anda juga boleh mengaktifkan Bingkai Dipusatkan dalam Seting. Pergi ke Seting  > FaceTime, kemudian aktifkan Bingkai Dipusatkan.

Tukar kepada kamera belakang

Semasa anda dalam panggilan FaceTime, ketik skrin (jika anda tidak melihat kawalan), kemudian ketik butang Balikkan ke Kamera Belakang (ketiknya lagi untuk bertukar kembali kepada kamera hadapan).

Nyahaktifkan bunyi

Semasa anda dalam panggilan FaceTime, ketik skrin (jika anda tidak melihat kawalan), kemudian ketik butang Senyap (ketik lagi untuk mengaktifkan bunyi kembali).

Nyahaktifkan kamera anda

Semasa anda dalam panggilan FaceTime, ketik skrin (jika anda tidak melihat kawalan), leret ke atas daripada bahagian atas kawalan, kemudian ketik Kamera Tidak Aktif (ketik lagi untuk mengaktifkannya kembali).

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.