Cas AirPods untuk digunakan dengan iPad

Cas AirPods Max

Sambungkan AirPods Max ke salur kuasa menggunakan Kabel Lightning ke USB dan penyesuai kuasa yang serasi.

Ilustrasi kabel pengecasan yang bersambung ke AirPods Max.

Nota: Untuk membantu mengekalkan cas bateri semasa anda tidak menggunakan AirPods Max, letakkan AirPods Max dalam mod tidur dengan meletakkannya dalam Smart Case. (Anda tidak boleh memainkan audio pada AirPods Max apabila ia berada dalam Smart Case.)

Lihat artikel Sokongan Apple Cara mengecas AirPods Max anda dan ketahui tentang hayat bateri.

Cas AirPods Pro atau AirPods (generasi pertama dan ke-2):

  1. Letakkan AirPods di dalam bekasnya.

    Di bahagian kiri, ilustrasi AirPods Pro dalam bekasnya. Di bahagian kanan, ilustrasi AirPods (generasi ke-2) dalam bekasnya.
  2. Tutup penutup.

    AirPods dimatikan dan dicas setiap kali ia di dalam bekas dengan penutupnya ditutup.

Untuk mengecas bekas, lakukan salah satu daripada berikut:

  • Sambungkan bekas ke salur kuasa menggunakan Kabel Lightning ke USB dan penyesuai kuasa yang serasi.

  • Jika anda mempunyai AirPods dengan Bekas Pengecasan Wayarles atau AirPods Pro, letakkan bekas dengan lampu status menghadap ke atas di bahagian tengah pengecas wayarles MagSafe atau pengecas disijilkan Qi.

Lihat artikel Sokongan Apple Cas AirPods anda dan ketahui tentang hayat bateri.

Untuk melihat baki cas AirPods anda, semak widget Bateri. Lihat Tambah widget pada iPad.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.