Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dapatkan info trafik dan cuaca dalam Peta pada iPad

Dalam app Peta , anda boleh melihat keadaan trafik dan mengetahui keadaan cuaca.

Ketahui tentang keadaan trafik

  1. Daripada paparan peta atau satelit, ketik butang Seting.

    Jika anda berada dalam paparan transit, ketik butang Seting, kemudian pilih Peta atau Satelit.

  2. Aktifkan Trafik, kemudian ketik butang Tutup.

    Oren menandakan kenderaan perlahan dan merah menandakan trafik berhenti-henti.

  3. Untuk melihat laporan insiden, ketik penanda insiden (tidak tersedia di semua negara atau rantau).

    Penanda insiden menujukkan maklumat seperti penutupan lorong , penutupan jalan , pembinaan jalan , kemalangan dan banyak lagi.

Nota: Maklumat trafik tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Ketahui tentang cuaca

Zum masuk pada peta sehingga ikon cuaca muncul di penjuru kanan bawah; ikon menunjukkan keadaan semasa untuk kawasan itu. Di sesetengah rantau, indeks kualiti udara juga muncul di penjuru kanan bawah.

Untuk melihat ramalan setiap jam, sentuh dan tahan ikon cuaca. Ketik ramalan setiap jam untuk melihat ramalan berbilang hari dalam Safari.

Jika anda tidak mahu melihat maklumat cuaca atau indeks kualiti udara dalam Peta, pergi ke Seting  > Peta, kemudian nyahaktifkan Keadaan Cuaca atau Indeks Kualiti Udara.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.