Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Pilih pilihan laluan lain dalam Peta pada iPad

Dengan laluan ditunjukkan dalam app Peta , anda boleh memilih pelbagai pilihan sebelum anda mengetik Pergi.

  • Pilih laluan alternatif: Jika laluan alternatif kelihatan, anda boleh mengetik salah satu pada peta untuk menggunakan laluan (atau ketik Pergi bersebelahan perihalan laluan dalam kad laluan).

    Sebagai contoh, anda mungkin boleh memilih laluan pemanduan alternatif yang mengelak tol atau pengehadan atau laluan berbasikal yang mengelak bukit.

  • Tukar kepada laluan memandu, berjalan, berbasikal, atau transit: Ketik butang Pandu, butang Jalan Kaki, butang Basikal, atau butang Transit.

  • Elakkan tol atau lebuh raya: Dengan laluan memandu ditunjukkan, ketik kad laluan, skrol ke bahagian bawah kad laluan, kemudian aktifkan pilihan.

  • Elakkan bukit atau jalan sibuk: Dengan laluan berbasikal ditunjukkan, leret kad laluan ke atas, skrol ke bahagian bawah senarai, kemudian aktifkan pilihan.

    Peta menunjukkan berbilang laluan berbasikal. Kad laluan di sebelah kiri memberikan butiran untuk setiap laluan, termasuk masa anggaran, perubahan ketinggian dan jenis jalan. Butang Pergi muncul di sebelah pilihan pada kad laluan.
  • Terbalikkan titik permulaan dan destinasi: Ketik Lokasi Saya (berdekatan bahagian atas kad laluan), kemudian ketik butang Destinasi dan Lokasi Terbalik.

  • Pilih titik permulaan atau destinasi berbeza: Ketik Lokasi Saya, ketik sama ada medan Dari atau Ke, kemudian masukkan lokasi berlainan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.