Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan emoji dengan papan kekunci luaran Apple pada iPad

Apabila anda mahu memasukkan aksara emoji, bertukar daripada papan kekunci luaran ke papan kekunci emoji atas skrin.

  1. Untuk menunjukkan papan kekunci emoji, ketik butang Pintasan Papan Kekunci dalam bar Pintasan (di bahagian bawah skrin), kemudian ketik butang Papan Kekunci Seterusnya, Emoji.

    Dengan Magic Keyboard untuk iPad dan Smart Keyboard, anda juga boleh menekan kekunci Tukar Papan Kekunci untuk memilih papan kekunci emoji.

  2. Untuk mencari emoji, masukkan perkataan atau frasa yang biasa digunakan—seperti “hati” atau “muka senyum”—dalam medan carian di atas papan kekunci emoji.

  3. Untuk memasukkan emoji, ketik emoji; atau gunakan kekunci anak panah pada papan kekunci luaran untuk memilihnya, kemudian tekan Return.

Balasan e-mel kelihatan pada skrin. Papan kekunci emoji kelihatan pada titik sisipan teks.

Nota: Dengan Magic Keyboard untuk iPad dan Smart Keyboard, anda boleh menggunakan kekunci Tukar Papan Kekunci untuk menunjukkan hanya papan kekunci dan bukannya menukar bahasa. Pergi ke Seting  > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci Perkakasan, kemudian aktifkan Tekan kekunci Tukar Papan Kekunci untuk Emoji. Untuk bertukar antara papan kekunci bahasa lain, tekan dan tahan kekunci Control, kemudian tekan bar Space.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.