Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Besarkan objek berdekatan dengan Kanta Pembesar pada iPad

Gunakan iPad anda sebagai kanta pembesar untuk zum masuk pada objek berdekatan anda.

Skrin Kanta Pembesar menunjukkan imej dekat bunga.

Sediakan Kanta Pembesar

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Kanta Pembesar.

  2. Aktifkan Kanta Pembesar.

    Ini menambah Kanta Pembesar sebagai pintasan kebolehcapaian.

Aktifkan Kanta Pembesar dan laraskan imej

  1. Gunakan pintasan kebolehcapaian untuk mengaktifkan Kanta Pembesar.

  2. Untuk melaraskan paras zum, seret gelangsar kawalan zum ke kiri atau kanan.

  3. Untuk menunjukkan kawalan lanjut, seret pemegang ke atas.

  4. Laraskan imej menggunakan mana-mana kawalan berikut:

    • Kecerahan: Ketik butang Kecerahan.

    • Kontras: Ketik butang Kontras.

    • Penapis warna: Ketik butang Penapis.

    • Lampu suluh: Ketik butang Lampu Suluh (pada iPad dengan denyar).

Petua: Untuk menyusun kawalan yang anda gunakan paling kerap, ketik butang Seting, kemudian susun semula kawalan atau ketik Tapis Penyesuaian untuk memilih penapis kegemaran anda.

Bekukan bingkai

Anda boleh membekukan satu atau lebih bingkai dan menyemaknya semula.

Nota: Bingkai beku tidak disimpan pada Foto.

  1. Ketik butang Bekukan Bingkai.

  2. Untuk membekukan lebih banyak bingkai, ketik butang Masuk Berbilang Tangkapan, tempatkan semula kamera, kemudian ketik butang Bekukan Bingkai.

  3. Untuk menyemak semula bingkai beku, ketik Lihat, kemudian ketik bingkai yang anda mahu lihat.

  4. Untuk kembali ke kanta langsung, ketik Tamat.

Untuk menyahaktifkan Kanta Pembesar, lakukan salah satu daripada berikut:

  • Leret ke atas dari pinggir bawah skrin.

  • Tekan butang Utama (pada iPad dengan butang Utama).

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.