Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Henti berkongsi pembelian dengan ahli keluarga anda pada iPad

Dengan Perkongsian Keluarga, pengelola boleh mengaktifkan perkongsian pembelian. Sebarang pembelian yang ahli keluarga lakukan daripada iTunes Store, App Store, Apple Books dan Apple TV dibil terus ke akaun Apple ID pengelola.

Jika ahli keluarga dewasa dan remaja tidak mahu berkongsi pembelian dan maklumat pengebilan dengan ahli keluarga, mereka boleh menyahaktifkan perkongsian pembelian untuk diri mereka sendiri.

Nota: Pengelola keluarga juga boleh memerlukan kanak-kanak dalam kumpulan keluarga untuk meminta kelulusan bagi pembelian atau muat turun percuma. Lihat Aktifkan Minta untuk Beli untuk kanak-kanak pada iPad.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Perkongsian Keluarga.

  2. Ketik Perkongsian Pembelian, kemudian nyahaktifkan Kongsi Pembelian dengan Keluarga.

    Jika pengelola mahu menyahaktifkan perkongsian pembelian sepenuhnya, mereka boleh mengetik Henti Berkongsi Pembelian.

Jika anda tidak mahu berkongsi item tertentu dengan ahli keluarga anda, lihat artikel Sokongan Apple Sembunyikan dan nyahsembunyikan muzik, filem, rancangan TV, buku audio dan buku.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.