Tukar antara papan kekunci semasa menggunakan papan kekunci luaran dengan iPad

Dengan papan kekunci luaran pada iPad, anda boleh menukar antara papan kekunci bahasa untuk rantau anda, papan kekunci emoji, papan kekunci bahasa lain yang anda tambah dan papan kekunci atas skrin.

Tukar antara papan kekunci bahasa dan papan kekunci emoji

Untuk mengitar antara papan kekunci bahasa untuk rantau anda, papan kekunci emoji dan papan kekunci bahasa lain yang anda tambah, tekan dan tahan kekunci Control, kemudian tekan bar Space.

Dengan Magic Keyboard untuk iPad dan Smart Keyboard, anda juga boleh menekan kekunci Tukar Papan Kekunci untuk memilih antara papan kekunci. Jika anda mahu menggunakan kekunci Tukar Papan kekunci untuk menunjukkan hanya papan kekunci emoji dan bukannya menukar bahasa, pergi ke Seting  > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci Perkakasan, kemudian aktifkan kekunci Tukar Papan Kekunci untuk Emoji.

Petua: Jika anda telah menambah papan kekunci Bahasa Cina, Korea, Jepun atau Ibrani, anda boleh menekan kekunci Caps Lock untuk menukar antara skrip Latin dan papan kekunci lain yang anda sedang gunakan.

Untuk menghalang penggunaan kekunci Caps Lock bagi menukar bahasa, pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci Perkakasan, kemudian nyahaktifkan Tukar Bahasa menggunakan Caps Lock.

Bertukar ke papan kekunci atas skrin

Ketik butang Pintasan Papan Kekunci dalam bar Pintasan (di bahagian bawah skrin), kemudian ketik butang Tunjukkan Papan Kekunci.

Untuk menyembunyikan papan kekunci atas skrin, ketik butang Sembunyikan Papan Kekunci.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.