Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dengar podcast pada iPad

Dalam app Podcast , anda boleh memainkan episod, mendengar episod semasa anda di luar talian, mengesetkan pemasa tidur dan menggunakan kawalan main balik.

Kawalan main balik podcast di sebelah kanan skrin. Di tengah ialah kawalan untuk memainkan atau menjedakan podcast. Di bawahnya ialah kawalan kelantangan. Di bahagian atas skrin ialah gelangsar untuk putar balik atau maju ke hadapan dalam podcast. Di penjuru kiri bawah ialah kawalan untuk mengubah kelajuan main balik. Di penjuru kanan bawah ialah butang Lagi.

Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Mainkan episod terbaru podcast ‘The Daily’.” Ketahui cara meminta Siri.

Mainkan podcast

  • Ketik episod.

    Untuk meneruskan menonton dari tempat anda tinggalkan dalam rancangan, atau menyambung memainkan episod sebelumnya, ketik Dengar Sekarang, kemudian ketik episod di bawah Terbaru Dimainkan.

    Petua: Untuk melompat ke masa tertentu dalam episod, seret gelangsar kedudukan trek di bawah karya seni rancangan.

    Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Langkau ke depan 3 minit”. Ketahui cara meminta Siri.

Setkan pemasa tidur

Anda boleh mengesetkan pemasa tidur supaya main balik berhenti secara automatik selepas tempoh masa yang ditentukan.

  1. Ketik pemain di bahagian bawah skrin untuk membuka skrin Kini Dimainkan.

  2. Skrol ke atas pada skrin Kini Dimainkan, ketik Pemasa Tidur, kemudian pilih pilihan.

Gunakan kawalan main balik

Apabila episod dimainkan, anda melihat kawalan main balik di bahagian bawah skrin Kini Dimainkan. Ketik pemain untuk membuka skrin Kini Dimainkan untuk melihat kawalan main balik.

Control

Perihalan

butang Main

Main

butang Jeda

Jeda

butang Putar Balik 15 Saat

Lompat ke belakang 15 saat

Untuk menukar bilangan saat yang anda langkau ke belakang, pergi ke Seting > Podcast, kemudian ketik Balik.

butang Maju Pantas 30 Saat

Lompat ke depan 30 saat

Untuk menukar bilangan saat yang anda langkau ke hadapan, pergi ke Seting > Podcast, kemudian ketik Maju.

butang Kelajuan Main Balik

Pilih kelajuan main balik yang lebih laju atau lebih perlahan

butang Destinasi Main balik

Strim audio ke peranti lain

butang Lagi

Pilih lebih tindakan seperti berkongsi atau memuat turun episod

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.