Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sambungkan Magic Keyboard untuk iPad (dengan trackpad terbina dalam)

Anda boleh memasukkan teks menggunakan Magic Keyboard untuk iPad dan anda boleh menggunakan trackpad terbina dalamnya untuk mengawal item pada skrin iPad (model disokong).

Untuk menyambungkan dan menggunakan versi Bluetooth Magic Keyboard, lihat Pasangkan Magic Keyboard dengan iPad.

Ilustrasi Magic Keyboard untuk iPad.

Sambungkan Magic Keyboard untuk iPad

Buka papan kekunci, lipatnya balik, kemudian sambungkan iPad.

iPad diletakkan secara magnetik.

Ilustrasi Magic Keyboard untuk iPad dibuka dan dilipat balik. iPad ditempatkan di atas papan kekunci untuk sambungan kepada Magic Keyboard untuk iPad.

Untuk melaraskan sudut melihat, condongkan iPad mengikut keperluan.

Laraskan kecerahan papan kekunci

Pergi ke Seting  > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci Perkakasan, kemudian seret gelangsar untuk melaraskan paras pencahayaan belakang dalam keadaan cahaya malap.

Cas iPad semasa menggunakan Magic Keyboard untuk iPad

Sambungkan papan kekunci ke sumber kuasa menggunakan Kabel Cas USB-C dan Penyesuai Kuasa USB-C yang disertakan dengan iPad anda.

Ilustrasi lokasi port pengecasan USB-C di bahagian bawah, sebelah kiri Magic Keyboard untuk iPad.

Penting: Magic Keyboard untuk iPad mengandungi magnet yang memegang iPad secara selamat. Elakkan meletakkan kad yang mengandungi maklumat pada jalur magnetik—seperti kad kredit atau kad kunci hotel—di bahagian dalam Magic Keyboard, atau antara iPad dan Magic Keyboard, kerana sentuhan sebegitu boleh menyahmagnetkan kad.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.